Showing posts with label islamik. Show all posts
Showing posts with label islamik. Show all posts

Tuesday, 30 October 2012

PERISTIWA YANG PATUT ANDA TAHU (DI PALESTIN)

"DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG"

Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:


Peristiwa 1
Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!
Peristiwa 2
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu??
Peristiwa 3
Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.
Peristiwa 4
Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!
Peristiwa 5
Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel!
Peristiwa 6
Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, “Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?”, lalu baginda menjawab, “Aku mahu berperang di Gaza!!!”. MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza, di manakah kita? Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan.Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui. Allahu Akbar!!!
Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut. Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Dari ceramah dalam program “Malam Selamatkan Palestin” di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada saya :
1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel. Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.
2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.
3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.
4. Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.
5. Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen kenapa matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian putih dan melemparkan pasir ke matanya.
6. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.
7. Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.
8. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.
Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu. ” (Fussilat:52).

Thursday, 11 October 2012

Tazkirah #1 (MENGUMPAT)

Salam,

Hari ni tazkirah kat surau aku bercerita pasal mengumpat. Kalau korang nak tau, mengumpat ni merupakan dosa kering bagi umat Islam. Dosa ape adik-adik? DOsa keringgg!! haaa!! Pandai pon. hehehe.


"ORANG YANG MUFLIS IALAH ORANG YANG BANYAK MELAKUKAN DOSA SEPERTI MENGUMPAT. "


Ustaz aku yang kata macam tu. aku just copy paste je ape yang ustaz tu cakap. Kata Ustaz lagi,



dosa mengumpat tidak akan diampunkan oleh Allah walaupun pelaku itu bertaubat. Hanya orang yang diumpatkan itu sahaja yang boleh memberikan kemaafan.  Pahala ibadah yang dilakukan oleh pengumpat akan diberikan kepada orang yang diumpatkannya. Dan yang lebih teruk lagi, sekiranya tiada lagi amal kebaikan pada diri pengumpat itu, dosa dari orang yang diumpatkan bakal dipindahkan kepada dirinya.

Sebab tu lah dipanggil dosa kering. 


Tapi....

Mengumpat juga diharuskan KETIKA :

Pertama, mengadukan kezhaliman (at-tazhallum). Boleh bagi orang yang dizalimi untuk mengadukan kezaliman yang menimpa dirinya kepada penguasa, qadhi, atau yang memiliki kekuasaan hukuman ataupun pihak yang berwajib lainnya. Ia dapat menuntut keadilan ditegakkan, misalnya dengan mengatakan Si Fulan telah melakukan kezaliman terhadapku dengan cara seperti ini dan itu.

Kedua, permintaan bagi membantu mencegah kemungkaran dan mengembalikan pelaku maksiat ke jalan yang benar (al isti’ânah ‘ala taghyîril munkar wa raddal ‘âshi ila ash shawâb). Seseorang itu boleh menceritakan kepada orang yang boleh diharapkan untuk mencegah kemungkaran dengan cara menerangkan si Fulan telah melakukan itu atau ini dan sekaligus menyelamatkan fulan tersebut dari kemaksiatan dan kemungkaran. Dengan kata lain, maksud penceritaan itu mesti menuju kepada terhapusnya suatu kemungkaran. Jika pengaduan itu tidak bertujuan untuk mencegah kemungkaran, maka hukumnya adalah haram.

Ketiga, permintaan fatwa (al istiftâ`). Misalnya, seseorang mengatakan kepada seorang mufti (pemberi fatwa), ayahku (atau saudaraku atau suamiku atau fulan) telah menzalimi aku dengan cara begini. Lalu apa yang harus aku lakukan padanya?; Bagaimana cara agar aku terlepas darinya, mendapatkan hakku, dan terlindung dari kezaliman itu? Atau apa sahaja pertanyaan yang seperti itu. Maka hukumnya boleh jika diperlukan.

Keempat, mengingatkan kaum muslimin agar sentiasa berwaspada terhadap suatu keburukan dan menasihati mereka (tahdzîrul muslimîn min asy syarr wa nashîhatuhum). Terdapat beberapa situasi antaranya adalah ; menceritakan keburukan sifat orang yang memang perlu disebutkan keburukannya (jarhul majrûhîn) iaitu dari kalangan para perawi hadis dan saksi-saksi (di pengadilan, dsbnya). Hal ini dibolehkan menurut ijma’ kaum muslimin. Bahkan boleh menjadi wajib untuk suatu keperluan tertentu.Dengan syarat, dia benar-benar bermaksud untuk memberi nasihat. Hal ini berkemungkinan untuk terjadinya kekeliruan kerana kadangkala si pemberi nasihat memiliki rasa cemburu dan iri hati sehinggakan syaitan mencampuradukkan antara nasihat dan rasa cemburu dan iri hati. Syaitan menghadirkan bayangan padanya bahawa hal itu adalah nasihat dan akhirnya ia terjerumus dalam fitnah.

Kelima, seseorang yang memperlihatkan secara terang-terangan (al- mujâhir) kefasiqan atau perilaku bidaahnya seperti memperlihatkan perbuatan minum arak, merampas barangan, mengambil ufti( memberi wang, emas dan sebagainya kepada yang berkuasa), pengumpulan harta secara zalim, memimpin dengan sistem yang batil iaitu selain dari sistem Islam dan sebagainya. Maka ini boleh untuk disebutkan kerana perbuatan itu dilakukan secara terang-terangan (mujâharah). Namun bergitu, hal-hal lain yang merupakan aib yang disembunyikan tidak boleh untuk diceritakan melainkan tujuannya adalah seperti yang telah disebutkan sebelum ini.

Keenam, panggilan nama atau gelaran(at-ta’rîf). Jika seseorang itu telah dikenali dengan nama laqab (panggilan atau gelaran) seperti al-A’masy (Si Mata Rabun) atau al-A’raj (Si Tempang), atau al- Ashamm (Si Pekak), al-A’maa (Si Buta), al-Ahwal (Si Juling), dan sebagainya maka mereka boleh digelar dengan panggilan tersebut namun diharamkan untuk menyebut kekurangannya yang lain. Akan tetapi adalah lebih baik sekiranya gelaran-gelaran ini tidak di gunakan untuk memanggil seseorang dan dihindari dari di gunakan. 

Jadi, berpikir panjang sebelum mengumpat.

p/s: Seriously aku paling benci orang yang tikam kawan baik dari belakang. Orang macam ni memang susah nak kesan sebab dia ni memang akan baik giler dengan korang, tapi bila korang takde dia akan ceritakan keburukan ko kat orang lain. 

Sumber rujukan :
1). Ustaz Ustaz M Razi Bin Asror Al-Hafiz
2). http://www.mykhilafah.com/fikih-muslimah/1241-bilakah-mengumpatghibah-dibenarkan

Monday, 16 July 2012

Persediaan Menghadapi Bulan Ramadhan




Puasa menjelang tiba jua, memang bulan puasa ni paling best. hehehe aku suka bulan puasa! woohaaa!! But before kita tempuh bulan Ramadhan ni, apa kata kita prepare dulu yang mane kurang ye dak?


1) Persediaan ilmu agama.
Ramai orang yang berpuasa tanpa ilmu di dada. Dikhuatiri ibadah yang diharapkan  mendapat pahala sebaliknya tidak diterima malahan mendapat dosa.  Menjelang Ramadhan, kita diseru meluangkan masa menuntut ilmu agama. Sama ada dengan cara membaca buku, menghadiri kuliah-kuliah agama atau melayari internet. Perkara yang perlu diberi keutamaan ialah berkaitan dengan ibadah puasa seperti rukun, syarat sah, perkara yang membatalkan puasa, adab dan juga akhlak orang berpuasa. Hal ini begitu penting untuk mendapat kesempurnaan ibadah puasa.



2) Persediaan kesihatan.
Ibadah puasa melibatkan kesihatan tubuh badan. Kesihatan tubuh badan yang sempurna menjamin kesempurnaan ibadah puasa. Kecerdasan seluruh anggota badan diperlukan kerana pada bulan puasalah tubuh badan dikerah bekerja kuat melaksanakan solat sunat tarawih, qiamullail , membaca al –Quran, iktikaf dan sebagainya.
Penjagaan kesihatan ini termasuklah menjaga pemakanan yang seimbang, riadah dan menjauhkan diri dari perkara yang mendatangkan penyakit seperti tabiat merokok.

3) Persediaan  dari sudut kewangan.
Di antara amalan yang begitu mulia dalam bulan Ramadhan ialah bersedekah. Rasulullah SAW merupakan seorang yang paling dermawan dan baginda lebih dermawan di dalam bulan Ramadhan. Hal ini diceritakan oleh Ibnu Abbas r.a:




“Rasulullah saw ialah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan di saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al- Quran. Dan kedermawanan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus.” (HR. Bukhari)

Mereka yang jarang-jarang  bersedekah dikhuatiri tidak memanfaatkan peluang memperbanyakkan sedekah pada bulan Ramadhan. Sebagai persediaan, kita disarankan agar mula berjinak-jinak dengan amalan bersedekah. Mungkin ia boleh dimulakan dengan jumlah yang kecil atau menderma di tabung-tabung masjid dan surau. Mudah-mudahan lama kelamaan sifit kikir dan bakhil itu dapat dibuang secara beransur-ansur.

Bagi mendapat kelebihan  bulan Ramadhan , kita juga harus menangguhkan sedekah  pada bulan-bulan  lain semata-mata untuk disedekahkan pada bulan Ramadhan dengan syarat ia bukanlah sedekah yang dihajati seperti orang fakir miskin yang memerlukan  dan orang dalam keadaan susah dan berhutang.

4) Memperbanyak menyebut hal berkaitan kelebihan dan kemuliaan Ramadhan.
Di antara persiapan lain yang perlu ada ialah memperbanyakkan bercerita tentang kemuliaan bulan Ramadhan. Hal ini bertujuan memberi rangsangan dan semangat kepada kita untuk membuat persediaan bertemu Ramadhan. Bukankah sesuatu acara itu akan menjadi lebih meriah dan suasananya dapat dirasai jika diwar-warkan. Contoh mudah, bagaimanakah perasaan kita di saat diwar-warkan  sesuatu sambutan yang besar, seperti Piala Dunia Bola Sepak. Pada ketika itu seluruh saluran media hebat membuat promosi. Kesannya seluruh masyarakat dunia termasuk rakyat Malaysia ternanti-nanti dan merasai bahang temasya tersebut. Apatah lagi bulan yang begitu mulia ini sepatutnya lebih layak disebut-sebut  kemulian dan ganjarannya oleh media massa dan seluruh umat Islam.




p/s : So, be prepare dudes. woohaaa!!

Thursday, 28 June 2012

Fakta menarik tentang Islam




1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry.

2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

3. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl.

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perkiraan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24

5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.

6. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.

7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam”

8. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka versi arab dari Al-Quran akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Hafiz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Quran dari mulai awal sampai dengan akhir ayat. Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang dihafal jutaan manusia sehingga keaslian/kesuciannya sentiasa terjaga.

9. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dari 1.4 juta askar Amerika, lebih kurang 3,700 daripadanya yang beragama Islam.

10. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.

11. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal.

12. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemui oleh arkeologi Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. Setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir.

13. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat,sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.

14. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.

15. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii” yang menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya.

16. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.

17. Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.

18. Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Ramai ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

19. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.

20. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangun Kaabah.


 p/s: bangga dilahirkan sebagai ISLAM. Alhamdulillah

Wednesday, 4 April 2012

R.E.Z.E.K.I


     Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah, melainkan kaum yang kafir.” – (Surah Yusuf, ayat 87)

      Biarpun Islam menggalakkan umatnya mencari harta, tetapi Islam melarang keras mengumpul harta melalui jalan yang salah. Harta diperoleh secara salah, tidak ada keberkatannya. Bila-bila masa ia akan bertukar menjadi satu bebanan dan hilang tanpa disangka.

      Keberkatan bermaksud kebahagiaan hasil apa yang diperoleh atau dilakukan. Ia juga membawa maksud bertambah dan semakin baik. Harta yang diberkati akan terus berkekalan dan mencukupi untuk membiayai hidup walaupun jumlahnya sedikit saja.

      Justeru, kita perlu berusaha dengan ikhlas dan mengikut jalan yang diredai Allah dengan sentiasa memohon keberkatan daripada-Nya. Tidak guna memperoleh kekayaan yang banyak, sedangkan tidak berkat.



      Soal keberkatan tidak boleh diambil mudah. Biarlah tidak berpeluang memiliki harta banyak, asalkan apa yang dimiliki, biarpun sedikit tetapi diberkati. Kita perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki.

      Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya jika bersyukur kamu, akan ditambahkan untuk kamu. Dan jika kufur kamu, sesungguhnya azab-Ku adalah sangat pedih.” – (Surah Ibrahim, ayat 7)

      Justeru, jangan bersifat pasif dalam usaha mencari rezeki. Usaha mesti dilipat gandakan dan bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan Allah. Manusia digalakkan supaya berdoa memohon kepada Allah untuk mendapat kehidupan lebih baik.

Wednesday, 21 March 2012

Belon Kepanasan







Hanya belon yg kepanasan di bawah mentari merah menyala. sangat panas. dikelilingi pelusuk manusia yang datang dari mana entah bersama-sama keluarga, kawan-kawan, pakwenya,makwenya berkumpul mengelilingi kepulan belon yang begitu statik. sang fotografer pula datang seawal 5pagi semata-mata untuk mendapatkan shoot yang cantik katanya. sang penjual tersenyum riang. menanti pengunjung yang seakan-akan tiada tujuan. menikmati air paip yang berwarna dan berperisa. mmg sangat ramai. 

tetapi sangat malang sekali jika tidak bertuankan yang esa. kerana ketika si bilal melaungkan kata-kata keramat tidak ramai yang mendengar atau buat-buat tak dengar  ataupun memang pekak. walhal masjid besi itu sekitar 500m dari tapak belon kepanasan itu. namun itulah manusia. masih kekurangan daya untuk ke jalan benar. yang menuju ke jalan lurus, tahniah diucapkan. biar 'jauh' asalkan yg wajib MESTI di utamakan. 

p/s : i'll try to t8 nice picture in my own style.


Tuesday, 20 March 2012

Hidup di Malaysia tidak selamat?


Hidup di Malaysia tidak selamat?

sekadar gambar hiasan .

     Korang sokong tak tajuk artikel di atas ni? Lately ni byk bnd yg terjadi dia Malaysia.
Tak payah cerita pasal orang kena rogol or mati kena bunuh but lagi cruel lagi kena culik dan bunuh!!. Aku tak paham bagaimana “orang-orang bangsawan Malaysia” bagitahu dekat rakyat Malaysia yang Malaysia ni merupakan Negara yang paling selamat di dunia. Adakah ia untuk mengaburi jenayah yg semakin berleluasa dan untuk menarik pelabur asing untuk kembali ke Malaysia?

     Common la, berpijak ke bumi nyata. Aku bersyukur sangat-sangat hidup di zaman awal 90-an sebab aku bebas untuk merayau-rayau di depan rumah tanpa rasa takut pon. Even nak pergi kedai pon boleh pergi sendiri. Takde sangat pantauan dari mak bapak aku. Memang bebas untuk pergi bermain bola, gasing, guli dan lain-lain lagi.But now??? Kalau nk pergi kedai berteman pon kena culik?? Apa dah jadi dengan Malaysia ni? Ya Allah, Aku berlindung pada mu Ya Allah. Selamatkanlah Malaysia dari penjenayah-penjenayah yg semakin berleluasa ni.

     Aku bukan nak hentam sesiapa tapi janganlah biarkan perkara ni berlarutan. Time ni lah bagi aku perlunya hukum HUDUD. Kalaulah adanya HUDUD nescaya penjenayah bangsat ni akan mati dengan tragis bagaimana yang mereka dah buat dekat mangsa terbabit.

     Aku ada doa untuk megelakkan diri dari dirogol @ dicabul khas untuk perempuan. Doa ini juga untuk mengelakkan kita dari ditimpa musibah. Jadikanlah doa ni sebagai backup dan amalkan lah ya.

بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

dalam sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM 

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" 

( Riwayat Abu Daud, 4/323 ;   At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah  Syeikh Syuaib ; Hasan)

 ***p/s: jangan memberi perspektif yang buruk terhadap undang-undang Allah seperti HUDUD kerana takut terkeluar akidah. Aku bukan lah arif tentang hudud. tapi cukup untuk mengetahui ertinya.

Design by BlogSpotDesign | Ngetik Dot Com