skip to main |
skip to sidebar
Lagi 9 hari lagi nak raya. Persiapan tak siap lagi. Sibuk dengan
kerja kerja dan kerja. Insyaallah esok baru ada kesempatan nak pergi
beli keperluan untuk raya. woohaa. Dan aku pasti esok jugak
manusia-manusia seperti aku akan berpusu-pusu ke Jalan T.A.R. mengadakan
Himpunan RAYA 3.0. Aku harap tiada insiden yang tidak diingini dari
pihak-pihak berwajib. Diharap janganlah dilemparkan gas pemedih mata
kepada manusia yang mengadakan Himpunan RAYA 3.0 ini. Mereka tak bawak
senjata tapi just bawak $$duit$$ sahaja. Janganlah sembur air beracun
gatal tu. nanti takut batal puasa dorang terminum air tu. hu3.
 |
sekadar gambar hiasan.
|
Time ni jugaklah
peniaga akan mark-up barang-barang dorang daripada RM1.00 kepada RM100.
hahaha. Time ni lah nak untung beb. Kalau tahun lepas baju raya lelaki
RM 80 tapi sekarang RM125. aku tak tipu beb, aku da survey da rituh.
hehe. So kalau korang nak merasai Himpunan RAYA 3.0 esok silalah datang.
Bawak duit lebih-lebih takut nanti nyesal plak sebab banyak
barang-barang menarik. kang meleleh je air liur tak dapat nak beli sebab
duit tak cukup.
p/s:
macam-macam aku nak beli ni. Hipotesis untuk harini, Semakin banyak aku
nak beli barang semakin banyak kali jugakla aku mencucuk duit sampai
kering. woohaa!!