Senarai stadium terbesar ini tidak memasukkan stadium pelbagai guna
seperti yang dimiliki Korea Utara. Ini kerana walaupun berkapasiti 150
ribu penonton, Stadium Rungrado May Day itu digunakan untuk pelbagai
acara.
Seperti Stadium Nasional Bukit Jalil dan Stadium Shah
Alam, Stadium Rungrado menjadi medan berlangsungnya pelbagai acara,
daripada perlawanan bola sepak sehinggalah kepada kempen parti politik.
Justeru, ia tidak termasuk dalam senarai 10 stadium khusus untuk bola
sepak yang terbesar di dunia.
1. Estadio Azteca di Mexico City, Mexico
Kapasiti: 105,000 penonton
Mula dibuka: 1966
Stadium
ini sudah dua kali menjadi medan kejohanan Piala Dunia. Kini, stadium
ini menjadi markas rasmi pasukan kebangsaan Mexico dan Kelab Amerika.
2. Azadi Stadium di Tehran, Iran
Kapasiti: 100,000 penonton
Mula dibuka: 1971
Stadium
ini ialah gelanggang pertandingan bola sepak yang terbesar di Asia
Barat. Dua kelab tempatan iaitu Esteghlal FC dan Persepolis, serta
pasukan kebangsaan berpangkalan di sini.
3. Camp Nou di Barcelona, Sepanyol
Kapasiti: 99,000 penonton
Mula dibuka: 1957
Wajarlah
sekiranya kelab yang bertandang ke Camp Nou berasa gerun apabila
melihat betapa besarnya kapasiti penyokong Barcelona yang bakal hadir.
Apatah lagi, ini adalah stadium milik kelab yang terbesar di dunia.
4. Maracana, Rio de Janeiro, Brazil
Kapasiti: 95,000 penonton
Mula dibuka: 1950
Nama
rasmi stadium ini ialah Estádio Jornalista Mário Filho. Ia pernah
menampung penonton yang melebihi kapasiti iaitu seramai 210,000 orang
yang hadir menyaksikan Brazil menentang Uruguay pada Piala Dunia 1950.
Stadium ini milik Pemda Rio de Janeiro.
5. Wembley di London, England
Kapasiti: 90,000 penonton
Mula dibuka: 2007
Stadium
milik Persekutuan Bola Sepak Inggeris ini didirikan di atas tapak
Stadium Empire yang dibina pada 1923. Setelah dirobohkan pada 2003,
stadium yang terkenal dengan menara kembarnya itu, digantikan dengan
Wembley.
6. Westfalenstadion di Dortmund, Jerman
Kapasiti: 80,500 penonton
Mula dibuka: 1974
Stadium
milik kelab tempatan Borussia Dortmund ini adalah yang berbesar di
Jerman. Stadium yang sering digelar sebagai "Kuil Dinding Kuning" ini
pernah digunakan sebagai gelanggang Piala Dunia dan Piala Eropah.
7. Santiago Bernabeu di Madrid, Sepanyol
Kapasiti: 80,400 penonton
Mula dibuka: 1947
Stadium
ini dimiliki oleh Real Madrid iaitu musuh sejati Barcelona. Semua
tempat duduk di stadium ini bertutup. Pengurusan Madrid merancang untuk
membina bumbung yang boleh dibuka dan ditutup di seluruh stadium.
8. Estadio Monumental di Lima, Peru
Kapasiti: 80,000 penonton
Mula dibuka: 2000
Stadium
milik kelab tempatan Universitario de Deportes ini menggantikan stadium
lama, Teodoro Lolo Fernandez. Ceritanya sama seperti mana Wembley
menggantikan Empire di Britain. Stadium ini menjadi medan di mana
berlangsungnya perlawanan melibatkan pasukan tempatan termasuk
Universitario de Deportes.
9. Giuseppe Meazza / San Siro di Milan, Itali
Kapasiti: 80,000 penonton
Mula dibuka: 1926
Stadium
milik Kerajaan Milan ini adalah markas dua kelab terunggul Itali iaitu
Inter Milan dan AC Milan. Bahagian timur stadium ini akan ditambah
setingkat lagi bagi meningkatkan kapasitinya untuk menampung 125,000
penonton.
10. The Borg El Arab di Kaherah, Mesir
Kapasiti: 80,000 penonton
Mula dibuka: 2007
Ini
adalah stadium terbesar di Afrika, khusus untuk acara bola sepak. Ia
ibu pejabat pasukan kebangsaan Mesir dan digunakan untuk final liga
tempatan. Stadium ini dibina berikutan tawaran Mesir untuk menjadi tuan
rumah Piala Dunia 2010.
P/S: Where is Bukit Jalil Stadium? LoL
Thursday, 22 November 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Woohaa!!
ReplyDelete