Sori bro, ni bukan aku punya cd. serius. aku amek kat google je kot. please lah percaya. wahaha.
Kalau kat korea citer boleha dikatakan macam Winter Sonata. -.-
Alang2 buat review citer lama nih aku bagilah sinopsis kat korang.
"Perkahwinan Wati dan Syamsul sudah menjangkau enam tahun dan dikurnia seorang cahaya mata, Shamin. Awie, bekas kekasih Wati, walaupun sudah enam tahun berlalu, masih tercari-cari seorang gadis yang benar-benar dapat mengisi kekosongan hatinya. Namun, kemunculan Farah, anak seorang hartawan, ternyata memberi sinar baru dalam hidup Awie. Sementara itu, kebahagian Wati dan suaminya Syamsul tidak kekal lama, di mana satu tragedi menimpa suaminya. Wati terus hidup menjanda bersama anaknya Shamin. Pertemuan yang tidak diduga antara Awie dan Wati di satu majlis telah menimbulkan satu nostalgia antara mereka. Kehadiran Awie tidak dapat diterima oleh Wati kerana dia menganggap Awie sudah tidak ada dalam hidupnya lagi. Pada Awie pula, dia sekadar simpati dengan nasib Wati dan anaknya Shamin. Masa berlalu begitu cepat, tanpa disedari kemesraan mereka terus berputik hingga menimbulkan ketegangan di antara Awie dan Farah. Farah menganggap Wati cuba merampas Awie semula darinya. Awie mengambil keputusan bertunang dengan Farah sekaligus memberi keyakinan tentang kejujurannya pada Farah. Tapi, segalanya tidak tamat di situ. Farah mahu pastikan Wati tidak terus mengganggu hidupnya lagi. Akhirnya terjadi sebuah tragedi yang amat menyayat hati."
p/s: Lepas baca artikel aku nih jom pakat tengok citer ni. sempena menyambut bulan Oktoper. woohaaaa!!
Cita sedih...cinta2....tak minat...kikiki
ReplyDeletesame la.. wakaka
Delete