9 Fakta Menarik Planet Marikh
1. Planet Marikh memiliki gunung yang terbesar dan tertinggi di seluruh Sistem SuriaGunung tersebut dinamakan ”Olympus Mons” dan berupa gunung berapi yang tidak aktif. Ketinggiannya mencapai 15.5 batu dengan diameter 372 batu lebar. Sebagai perbandingan, ketinggian Gunung Everest sekitar 5 batu. Planet Mars juga mempunyai jurang terbesar dalam sistem suria kita yang diberi nama sebagai “Valles Marineris” dengan panjangnya sejauh 2500 batu pada kedalaman 4 batu.
2. Ramai orang selalu berfikir tentang adanya kehidupan di Planet Marikh kerana kewujudan kanal yang terlihat pertama kalinya oleh ahli astronomi
Inilah sebabnya kenapa ramai orang selalu berfikir tentang serangan makhluk luar angkasa yang dikatakan berasal dari sini, dan bukan dari Planet Jupiter atau Venus. Sebenarnya, Planet Marikh merupakan salah satu planet yang sukar untuk dihuni kerana suhunya yang membeku, cahaya matahari dan hampir tidak ada atmosfera untuk kehidupan hidup. Rangkaian garisan yang dilihat oleh ahli astronomi pada awal-awal pemerhatian mereka berbentuk garis lurus yang diyakini oleh para ahli saintis bahawa kemungkinan terdapat air di sana
3. Planet Marikh dinamakan berdasarkan nama Dewa Perang Rom kerana warnanya yang merah telah mengingatkan pemerhati akan warna merah darah
Planet Mars berwarna merah disebabkan oleh tanahnya yang terdiri daripada oksida besi yang biasa kita sebutkan di Bumi sebagai karat
4. Dibandingkan dengan planet lain dalam sistem suria kita, Planet Marikh adalah sebuah planet yang kecil.
Ukurannya sekitar setengah daripada ukuran Planet Bumi. Planet Marikh memiliki satu pertiga daripada graviti bumi, yang bermaksud anda boleh loncat tiga kali lebih tinggi daripada lompatan anda di bumi.5. Pada tahun 1970-an, Kapal Viking mengambil gambar sesuatu yang dilihat sebagai muka raksasa dan bentuk piramid dipermukaan Planet Marikh pada bahagian Daerah Cydonia
Gambarnya kelihatan seperti Sphinx di Mesir dan memiliki ketinggian sekitar 2000 kaki. Penemuan ini membuatkan para pemerhati UFO tertarik, tetapi para penyelidik menyatakan bahawa itu hanya sekadar hakisan tanah. Ramai orang masih lagi berfikir seandainya bentuknya terlalu simetris, maka ia menganggap itu merupakan bukti kewujudan makhluk asing atau peradaban manusia yang tertinggal disana. Ada kemungkinan namun masih belum pasti.
6. Planet Marikh memiliki cuaca yang extreme
Di sana terdapat badai angin yang ganas, badai debu dan ribut taufan kecil. Pada tahun 2001, badai debu yang sangat besar menutupi seluruh permukaan planet selama beberapa hari. Peneliti agak kebingungan mengapa planet dengan sedikit kadar atmosfernya dapat memiliki badai sebesar itu. Mereka tidak tahu apakah yang menyebabkan terjadinya badai di sana, tetapi di sana akan terjadi lebih banyak badai ketika Planet Marikh mendekati matahari. Dan pada bahagian yang lebih jauh dari orbitnya, terdapat awan ais yang terhasil daripada karbon dioksida dan debu. Ini juga merupakan suatu keanehan memandangkan Planet Marikh tidak terdapat permukaan yang berair.
7. Telah dilakukan ekspidisi² bagi mencari bukti adanya kehidupan dan air di Planet Marikh
Setelah bertahun-tahun meneliti setiap retakan di permukaan planet marikh sebagai mencari bukti daripada kewujudan air, para penyelidik akhirnya menemuinya. Misi Phoenix mendapati bahawa terdapat endapan ais didalam jumlah yang besar di bawah permukaan planet marikh yang memungkinkan pernah ada kehidupan di atas planet berkenaan.
8. Planet Marikh memiliki dua buah bulan yang mengorbitnya
Salah satu bulannya ialah Phobos, memiliki orbit yang dekat dan membahayakan Planet Marikh itu sendiri. Suatu hari nanti mungkin daya gravitinya akan menarik Bulan Phobos dan menghentam Planet Marikh. Serpihannya akan tetap berada di orbit Planet Marikh dan menghasilkan cincin seperti di Planet Saturnus. Dan akhirnya, serpihan tersebut akan jatuh ke permukaan Planet Marikh. Para peneliti tidak tahu hal tersebut akan terjadi bila, tetapi mereka memprediksikan akan terjadi sekitar 50 tahun lagi.
9. Hanya 1/3 daripada seluruh misi ke Planet Marikh yang berjaya
Banyak misi ke Planet Marikh yang hilang begitu saja yang membuatkan para penyelidik berasa hairan dan berfikir mungkin ada sesuatu yang aneh berlaku di sana. Mereka juga berpendapat bahawa Planet Marikh boleh dikatakan sebagai ”Segitiga Bermuda” dalam Sistem Suria kita.
Perkongsian yg baik..
ReplyDeleteTQ bro. :)
Deleteyup2. :)
ReplyDeleteTQ. :)
ReplyDelete