Asslamualaikum rakan-rakan. :) hari ni aku nk bagitau info pasal TELEFON. jgnlah tau guna je tp xtau sejarah pulak. hehe :)
bwh ni info-info yg korang patut tau psl telefon :
urutan telefon dari zaman Alaxender Graham Bell |
Telefon berasal daripada (bahasa Yunani: tele = jauh dan phone = suara) adalah alat telekomunikasi yang digunakan bagi memancar dan menerima bunyi (kebiasaanya suara dan percakapan) pada jarak jauh tanpa terikat, secara bebas. Kebanyakan telefon beroperasi melalui pemancaran isyarat eletrik melalui jaringan telefon rumit yang membenarkan sebarang pengguna telefon untuk berhubung dengan hampir kesemua yang lain. Terdapat telefon awam yang mana mengutip sedikit bayaran, menurut tempoh penggunaan, bagi kegunaan orang awam yang tidak memiliki telefon.
Terdapat empat prinsip utama di mana pengguna yang menggunakan penerima telefon boleh disambungkan kepada jaringan telefon: "talian darat" tradisi telefon kekal, di mana sambungan wayar fizikal khusus digunakan bagi menyambungkan sesuatu lokasi; wireless dan telefon radio, yang menggunakan samaada isyarat radio analog atau digital; telefon satelit, yang menggunakan satelit komunikasi; dan telefon suara melalui protokol internet (VOIP), yang menggunakan perhubungan capaian Internet Jalur Lebar.
Antara pengguna akhir, pemancar antara jaringan boleh dilakukan melalui kabel gentian optik, titik ke titik microwave atau relay satelit.
Sehingga kini, sebuah "telefon" merujuk kepada telefon talian tetap. telefon tanpa wayar atau wayarles dan juga telefon bimbit adalah satu perkara yang biasa wujud di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Telefon bimbit pula dijangkakan bakal menggantikan penggunaan talian tetap. tidak seperti telefon bimbit, telefon tanpa wayar masih digelar sebagai talian tetap kerana ia hanya boleh digunakan pada jarak yang pendek di dalam suatu kawasan seperti rumah yang dihubungkan dengan telefon talian tetap.
Identiti pencipta telefon elektrik masih lagi menjadi tanda tanya dan kontroversi. Antonio Meucci, Philip Reis, dan Alexander Graham Bell, semuanya telah diiktiraf sebagai penciptanya.
Digital Telefoni telah mula diterima pengguna setelah sistem litar analog telah menggantikan dengan litar digital. Teknologi transmisi digital yang telah jauh berkembang telah menjadikan ia tidak mustahil untuk menggabungkan pelbagai litar digital dalam satu medium transmisi(dikenali sebagai multiplex). Ketika penghujung instrumen kekal analog, isyarat-isyarat analog yang sampai ke titik agregat (Serving Area Interface (SAI) atau Central Office (CO) kemudian ditukarkan ke isyarat digital.Kemudiannya, Pembawa Gelung Digital (DLC) membawa beberapa talian analog telefon ke CO,dengan menggunakan wayar kuprum dan sekarang telah menggunakan gentian optik. CO dihubungkan dengan menggunakn pembawa SONET.
Sistem telefon tanpa wayar juga dikenali dengan nama wayarles. Selalunya sistem wayarles untuk penggunaan telefon ini merujuk kepada telefon bimbit. Terminologi untuk telefon bimbit juga berbeza mengikut kawasan atau zon orang itu berada. Misalnya, di United Kingdom, mereka memanggilya dengan istilah mobile, USA dengan cell phone dan Malaysia bagi orang yang bertutur dalam bahasa Inggeris menyebutnya handphone.
Secara asasnya, telefon bimbit berfungsi secara tanpa wayar dengan signalnya dipancar bukan melalui kabel, tetapi isyarat dihantar dari satu menara atau penghantar isyarat ke telefon bimbit tersebut. Peranti ini amat popular pada masa kini, dan sesetengahnya telah menggantikan terus sistem telefon rumah yang konvensional. Ini kerana hampir setiap orang sudah memiliki telefon bimbit masing-masing iaitu satu rumah bukan lagi satu telefon, tetapi seorang individu sebuah telefon.Dengan teknologi yang berkembang, penggunaan telefon bimbit bukan lagi sekadar menelefon,seterusnya menambahkan popularitinya.
Telefon Kordless telah pertama kali dicipta oleh Teri Pall pada tahun 1965. Ketika itu, telefon jenis ini terdiri daripada unit utama yang bersambung dengan sistem talian telefon tetap dan juga berhubung dengan gagang mudah alih dengan gelombang radio yang rendah. Hal ini membolehkan gagang digunakan daripada mana-mana lokasi pada julat lingkungan tertentu. Oleh kerana kuasa diperlukan untuk berhubung dengan gagang, maka unit utama dibekalkan kuasanya dengan sumber kuasa elektronik (electronic power supply). Disebabkan hal ini, maka telefon kordless biasanya tidak berfungsi apabila terputus bekalan elaktrik. Pada awalnya, telefon kordless menggunakan gelombang radio pada julat 1.7 MHz untuk berkomunikasi antara unit utama dengan gagang. Oleh kerana masalah kualiti dan jarak lingkungan, gelombang ini akhirnya digantikan dengan sistem yang menggunakan frekuensi termodulasi(FM) pada julat frekeuensi tinggi (49 MHz, 900 MHz, 2.4 MHz, dan 5.8 MHz). Telefon kordless 2.4 MHz boleh mengganggu beberapa protokol LAN tanpa wayar (802.11b/g) oleh kerana penggunaannya pada frekuensi yang sama. Pada julat gelombang 2.4 MHz, beberapa "channels" digunakan untuk melindungi berlakunya penurunan kualiti isyarat bunyi disebabkan oleh masalah kesesakan. Julat lingkungan untuk telefon kordless moden hari ini biasanya menjangkau beberapa ratus meter
Sistem telefon bimbit moden adalah berstruktur sel. Radio digunakan untuk berhubung di antara sebuah telefon bimbit dan sebuah tapak sel berdekatan.
Apabila sebuah telefon bimbit berada terlalu jauh daripada mana-mana tapak sel, sebuah sistem komputer akan memberi arahan kepada telefon bimbit tersebut dan sebuah tapak sel yang lebih dekat akan menggantikan komunikasi daripada saluran yang berbeza, tanpa mengganggu sebarang panggilan yang dilakukan.
Frekuensi radio adalah sebuah sumber yang terhad dan berkongsi. Frekuensi yang lebih tinggi yang digunakan telefon bimbit mempunyai kelebihan dalam jarak yang dekat. Jarak perhubungan agak mudah dijangka dan boleh dikawal dengan mengubah level tenaganya. Dengan menggunakan tenaga yang mencukupi untuk berhubung dengan tapak sel yang "terdekat", telefon-telefon yang menggunakan satu tapak sel tidak akan mengganggu telefon lain yang menggunakan frekuensi yang sama pada tapak sel yang lain. Frekuensi yang tinggi juga berkesan dengan pelbagai bentuk multipleksing yang membenarkan lebih daripada satu buah telefon untuk berhubung dengan menara yang sama dengan jumlah frekeunsi yang sama.
Terdapat telefon yang berfungsi sebagai telefon tanpa kord apabila menghampiri stesen tapak sepadannya (dan ada kalanya stesen-stesen tapak lain) dan berfungsi sebagai telefon tanpa wayar apabila di lokasi-lokasi lain tetapi atas pelbagai alasan tidak menjadi popular.
Beberapa jenis telefon tanpa kord berfungsi seperti telefon selular tetapi hanya sekitar rangkaian peribadi yang kecil meliputi sebuah bangunan atau beberapa buah bangunan. Sistem seperti ini yang menggunakan VoIP adalah popular di hospital-hospital dan kilang-kilang yang mempunyai rangkaian yang sama digunakan untuk data dan suara.
A WiFi-based VoIP phoneJuga dikenali sebagai lelefon Internet atau Suara melalui IP (Voice over IP) (VoIP), telefon digital adalah teknologi gengganggu (disruptive technology) yang menggantikan jaringan telefon tradisional dengan pantas. Di Jepun dan Korea sehingga 10% pelanggan, pada Januari 2005, telah bertukar dari perkhidmatan telefon digital analog kepada digital.
Telefon digital menggunakan sambungan Internet jaringan luas untuk memancar perbualan sebagai pakej data. Selain menggantikan PSTN, telefon digital turut bersing dengan jaringan telefon bimbit dengan menawarkan kos penyambungan yang lebih rendah atau percuma melalui WiFi hotspots. Sebagaimana disebut di atasVoIP juga digunakan pada jaringan tanpa wayar yang mungkin atau tidak mempunyai sambungan dengan jaringan telefon luar.
Berikut adalah huraian secara ringkas sejarah penciptaan telefon:
1849 Antonio Meucci mendemonstrasi suatu peranti yang kemudian dipanggil telefon kepada orang ramai di Havana.
1854 Charles Bourseul menerbitkan suatu penerangan mengenai make-break transmiter telefon dan penerima tetapi tidak membuat sebarang instrumen kerja.
1854 Meucci mendemonstrasi telefon elektrik di New York.
1860 Johann Philipp Reis
1860 Meucci dijangka (ketika itu) mendemonstrasi telefon tersebut di Staten Island.
1861 Reis berjaya memindahkan suara secara elektikal dengan jarak melebihi 340 kaki. Untuk lebih lanjut, lihat Telefon ciptaan Reis.
1871 Meeucci memfailkan satu paten caveat.
1872 Elisha Gray menubuhkan Western Electric Manufactering Company.
July 1873 Thomas Alva Edison menemukan rintangan yang berbeza pada grain karbon oleh kerana tekanannya tetapi terpaksa menangguhkan penyelidikannya.
1874 Gray mendemonstrasi telfon trnsmiter cecairnya di Gereja Highland Park Presbyterian.
2 June 1875 Alexander Graham Bell orang pertama memindahkan suaranya melalui telefon.
1 July 1875 Bell pertama kali menggunakan telefon berkebolehan dwi-arah (Kedua-dua, transmiter atau penghantar dan penerima isyarat merupakan instrumen membran yang serupa).
14 February 1876 Bell memfailkan telefon tersebut sebagai paten pertama beliau.
Dua jam kemudian, Grayy memfailkan paten caveatnya.
30 January 1877 Bell mempatenkan telefon dengan transmiter-penerima elektrodinamik.
Ulasan yang lengkap!!
ReplyDeleteperubahan mengikut peredaran zaman :)
ReplyDeletesejarah telah mendewasakan kita untuk menjadi manusia yg lebih produktif sejajar dengan pembangunan.. :) hehe
ReplyDeleteMENARIK BRO...TERUSKAN USAHA
ReplyDelete