Thursday 11 October 2012

Tazkirah #1 (MENGUMPAT)

Salam,

Hari ni tazkirah kat surau aku bercerita pasal mengumpat. Kalau korang nak tau, mengumpat ni merupakan dosa kering bagi umat Islam. Dosa ape adik-adik? DOsa keringgg!! haaa!! Pandai pon. hehehe.


"ORANG YANG MUFLIS IALAH ORANG YANG BANYAK MELAKUKAN DOSA SEPERTI MENGUMPAT. "


Ustaz aku yang kata macam tu. aku just copy paste je ape yang ustaz tu cakap. Kata Ustaz lagi,



dosa mengumpat tidak akan diampunkan oleh Allah walaupun pelaku itu bertaubat. Hanya orang yang diumpatkan itu sahaja yang boleh memberikan kemaafan.  Pahala ibadah yang dilakukan oleh pengumpat akan diberikan kepada orang yang diumpatkannya. Dan yang lebih teruk lagi, sekiranya tiada lagi amal kebaikan pada diri pengumpat itu, dosa dari orang yang diumpatkan bakal dipindahkan kepada dirinya.

Sebab tu lah dipanggil dosa kering. 


Tapi....

Mengumpat juga diharuskan KETIKA :

Pertama, mengadukan kezhaliman (at-tazhallum). Boleh bagi orang yang dizalimi untuk mengadukan kezaliman yang menimpa dirinya kepada penguasa, qadhi, atau yang memiliki kekuasaan hukuman ataupun pihak yang berwajib lainnya. Ia dapat menuntut keadilan ditegakkan, misalnya dengan mengatakan Si Fulan telah melakukan kezaliman terhadapku dengan cara seperti ini dan itu.

Kedua, permintaan bagi membantu mencegah kemungkaran dan mengembalikan pelaku maksiat ke jalan yang benar (al isti’ânah ‘ala taghyîril munkar wa raddal ‘âshi ila ash shawâb). Seseorang itu boleh menceritakan kepada orang yang boleh diharapkan untuk mencegah kemungkaran dengan cara menerangkan si Fulan telah melakukan itu atau ini dan sekaligus menyelamatkan fulan tersebut dari kemaksiatan dan kemungkaran. Dengan kata lain, maksud penceritaan itu mesti menuju kepada terhapusnya suatu kemungkaran. Jika pengaduan itu tidak bertujuan untuk mencegah kemungkaran, maka hukumnya adalah haram.

Ketiga, permintaan fatwa (al istiftâ`). Misalnya, seseorang mengatakan kepada seorang mufti (pemberi fatwa), ayahku (atau saudaraku atau suamiku atau fulan) telah menzalimi aku dengan cara begini. Lalu apa yang harus aku lakukan padanya?; Bagaimana cara agar aku terlepas darinya, mendapatkan hakku, dan terlindung dari kezaliman itu? Atau apa sahaja pertanyaan yang seperti itu. Maka hukumnya boleh jika diperlukan.

Keempat, mengingatkan kaum muslimin agar sentiasa berwaspada terhadap suatu keburukan dan menasihati mereka (tahdzîrul muslimîn min asy syarr wa nashîhatuhum). Terdapat beberapa situasi antaranya adalah ; menceritakan keburukan sifat orang yang memang perlu disebutkan keburukannya (jarhul majrûhîn) iaitu dari kalangan para perawi hadis dan saksi-saksi (di pengadilan, dsbnya). Hal ini dibolehkan menurut ijma’ kaum muslimin. Bahkan boleh menjadi wajib untuk suatu keperluan tertentu.Dengan syarat, dia benar-benar bermaksud untuk memberi nasihat. Hal ini berkemungkinan untuk terjadinya kekeliruan kerana kadangkala si pemberi nasihat memiliki rasa cemburu dan iri hati sehinggakan syaitan mencampuradukkan antara nasihat dan rasa cemburu dan iri hati. Syaitan menghadirkan bayangan padanya bahawa hal itu adalah nasihat dan akhirnya ia terjerumus dalam fitnah.

Kelima, seseorang yang memperlihatkan secara terang-terangan (al- mujâhir) kefasiqan atau perilaku bidaahnya seperti memperlihatkan perbuatan minum arak, merampas barangan, mengambil ufti( memberi wang, emas dan sebagainya kepada yang berkuasa), pengumpulan harta secara zalim, memimpin dengan sistem yang batil iaitu selain dari sistem Islam dan sebagainya. Maka ini boleh untuk disebutkan kerana perbuatan itu dilakukan secara terang-terangan (mujâharah). Namun bergitu, hal-hal lain yang merupakan aib yang disembunyikan tidak boleh untuk diceritakan melainkan tujuannya adalah seperti yang telah disebutkan sebelum ini.

Keenam, panggilan nama atau gelaran(at-ta’rîf). Jika seseorang itu telah dikenali dengan nama laqab (panggilan atau gelaran) seperti al-A’masy (Si Mata Rabun) atau al-A’raj (Si Tempang), atau al- Ashamm (Si Pekak), al-A’maa (Si Buta), al-Ahwal (Si Juling), dan sebagainya maka mereka boleh digelar dengan panggilan tersebut namun diharamkan untuk menyebut kekurangannya yang lain. Akan tetapi adalah lebih baik sekiranya gelaran-gelaran ini tidak di gunakan untuk memanggil seseorang dan dihindari dari di gunakan. 

Jadi, berpikir panjang sebelum mengumpat.

p/s: Seriously aku paling benci orang yang tikam kawan baik dari belakang. Orang macam ni memang susah nak kesan sebab dia ni memang akan baik giler dengan korang, tapi bila korang takde dia akan ceritakan keburukan ko kat orang lain. 

Sumber rujukan :
1). Ustaz Ustaz M Razi Bin Asror Al-Hafiz
2). http://www.mykhilafah.com/fikih-muslimah/1241-bilakah-mengumpatghibah-dibenarkan

2 9 comments:

Design by BlogSpotDesign | Ngetik Dot Com