Friday 19 October 2012

Berita Raksasa!! Kerana Segelas Air Suam

RAKAM...rakaman CCTV  menunjukkan suspek membelasah mangsa.
RAKAM...rakaman CCTV menunjukkan suspek membelasah mangsa.
KUANTAN: Hanya kerana lewat menghantar air suam dipesan, seorang pelayan sebuah kafe di Jalan Tun Ismail 2, di sini, kini bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), selepas ‘digusti’ seorang pelanggan yang naik angin, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, mangsa, warga Myanmar, Htong Haw, 29, ditumbuk bertubi-tubi dan kepalanya dihentak ke pasu pokok hiasan selepas dia menghantar air suam dipesan pelanggan terbabit.

Malah, suspek lelaki berusia 30 tahun itu terus mengganas dengan menghenyak tubuh mangsa ke tangga, menariknya ke seberang jalan lalu bertindak seperti ahli gusti dengan mengepit kepala mangsa di celah kangkangnya sebelum menghempas mangsa ke atas jalan di tempat letak kereta.

Selepas ‘menggusti’ mangsa sehingga lembik dan berlumuran darah, suspek melepak di premis berkenaan sebelum meninggalkan kawasan itu dua jam kemudian.

Pemilik premis, Stanly Soon Suan Ning, 43, berkata, dia yang dihubungi seorang pekerjanya memaklumkan kejadian itu bergegas ke tempat kejadian.

sumber: Metroll
_________________________________________________________________

1.) Korang cuba tengok betapa panas barannya orang-orang malaysia ni. fukk gila. Minuman lambat sampai pon nak belasah ke? aku tak paham betul mentaliti orang-orang Malaysia. Kesian mamat tu, tak pasal-pasal masuk ICU.
 
2.) Lagi satu cuba korang perhatikan orang yang makan kat sekeliling tempat kejadian. Sorang pon tak nak tolong!! Wadafukk!! Mana korang punya sifat kemanusiaan?? arghh! aku yang jadi tension! wahaha

3.) Ya, aku tahu dia orang asing, so kau boleh buat macam patung ke boleh sepak terajang!!? Cuba kalau famili ko kena macam tu? let say kalau bapak kau jadi pelayan di atas ni then ada orang belasah bapak ko. ko boleh biarkan je ke orang pijak bapak ko? Dorang pon ade perasaan gak derr.....

 

p/s: Malaysia kan negara yang aman, damai dan sentosa. Aku bangga jadi rakyat malaysia. LOL

2 9 comments:

Design by BlogSpotDesign | Ngetik Dot Com