Friday 10 August 2012

Himpunan RAYA 3.0!! Countdown #9harilagi

Lagi 9 hari lagi nak raya. Persiapan tak siap lagi. Sibuk dengan kerja kerja dan kerja. Insyaallah esok baru ada kesempatan nak pergi beli keperluan untuk raya. woohaa. Dan aku pasti esok jugak manusia-manusia seperti aku akan berpusu-pusu ke Jalan T.A.R. mengadakan Himpunan RAYA 3.0. Aku harap tiada insiden yang tidak diingini dari pihak-pihak berwajib. Diharap janganlah dilemparkan gas pemedih mata kepada manusia yang mengadakan Himpunan RAYA 3.0 ini. Mereka tak bawak senjata tapi just bawak $$duit$$ sahaja. Janganlah sembur air beracun gatal tu. nanti takut batal puasa dorang terminum air tu. hu3.


sekadar gambar hiasan.
Time ni jugaklah peniaga akan mark-up barang-barang dorang daripada RM1.00 kepada RM100. hahaha. Time ni lah nak untung beb. Kalau tahun lepas baju raya lelaki RM 80 tapi sekarang RM125. aku tak tipu beb, aku da survey da rituh. hehe. So kalau korang nak merasai Himpunan RAYA 3.0 esok silalah datang. Bawak duit lebih-lebih takut nanti nyesal plak sebab banyak barang-barang menarik. kang meleleh je air liur tak dapat nak beli sebab duit tak cukup. 


p/s: macam-macam aku nak beli ni. Hipotesis untuk harini, Semakin banyak aku nak beli barang semakin banyak kali jugakla aku mencucuk duit sampai kering. woohaa!!

4 9 comments:

  1. Dtg masa mlm raya...sure murah...lelong...lelong

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadhan dari awieomar.blogspot. Dah lama follow sini. Dengan ikhlas hati nak menjemput anda untuk sertai game top "BLOGGER" musim 3. Segala yang berkaitan pasal game untuk musim 1 & 2 boleh tinjau kat blog. Senang je caranya nak sertai game ni. Follow blog "Awie Omar" (bagi yang belum, harap sudi follow ) dan komen di mana mana entri dengan menyatakan "SAYA SANGAT MAHU SERTAI BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE". Ganjaran wang tunai akan diberikan kepada johan.

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!!!
    Selamat bercuti dan jika pulang ke kampug hati-hati di jalanraya
    Blog aku pun cuti gak ….hehhheeh
    Tapi entri tetap ada sepanjang hari..
    Cuma tak ler blogwalking …hahahahah
    Selamat Hari Raya

    ReplyDelete
  4. Jemputan rasmi buat anda…
    Promosi sikit……hehehe
    Dijemput sertai segmen saya ini:
    http://hanifidrus.blogspot.com/2012/08/hanifidrus-segmen-menerjah.html

    ReplyDelete

Design by BlogSpotDesign | Ngetik Dot Com