Thursday 26 July 2012

Terawih ke termoreh?

1 family pergi terawih. Memang 1 keluarga yang sangat menitik beratkan ibadah solat. 

Tapi.. Bila terawih da start si bapak mula mencari dinding untuk bersandar dan berborak di belakang surau/masjid.

Manakala si anak sudah hilang entah kemana, (bermain kejar-kejar di sekeliling surau/masjid.)

Si ibu still Istiqamah sampai nak masuk rakaat 4, malang si ibu apabila rakannya megajaknya berborak dan bergosip pasal jiran mereka yang baru pindah di kawan tersebut.

 Si anak perempuan umur 15 tahun pula sibuk bermain handset dan ketawa berseorangan apabila mendapat msg dari balaksssnya di sudut surau bahagian saf perempuan.

Si anak lelakinya pula duduk di tembok di luar masjid sambil menghisap rokok dan berborak kosong mengenai perlumbaan halal bagi mereka hujung minggu ini. 

Bila Terawih sudah habis masing2 dengan 1 tujuan yang sama...

MOREH



Wednesday 25 July 2012

Logo Kemerdekaan 2012 Ter TROLL abad ini

Tengok logo ni je aku dah mindset dalam kepala otak aku. Kalau camni la logonya nampak gayanya apa yang di pekik-pekik di lolong-lolong oleh mantan PM kita Tun Mahathir suatu ketika dulu dibaawh pemerintahan kuku besi beliau di mana beliau menyatakan bahawa Malaysia menuju wawasan 2020 memang akan menjadi 1 misi yang mustahil.

Kenapa aku cakap atas ni? aku sure mesti korang da tau kan? haha. Di mana PAKAR-PAKAR DESIGNER Malaysia ni? takkan ni je yang mampu korang buat? Memang sangat-sangat tragis bila logo ini digunakan untuk LOGO KEMERDEKAAN kita.

Serius shit aku malu kot jadi rakyat Malaysia. Dahla banyak gila masalah. dengan perkaumannya la, dengan media yang putar belit. arghhh!! Takkan nak buat logo yang proper pon tak leh buat?

Aku bukan kritik kerajaan tapi aku kritik kenapa logo ni mejadi logo rasmi untuk hari kemerdekaan nanti. (cover) wahahaha.

Senarai logo kemerdekaan dari tahun 76 sehingga sekarang.

P/S: Nampak macam banner la pulak logo untuk tahun 2012 ni.

(Tulisan merah sebab aku suka sangat dan bangga jadi rakyat malaysia. woohaaa)


Tuesday 24 July 2012

Save Maryam PLEASE!

Please lah save maryam, tolonglahhh, aku minta tolong sangat2. 

Ko ni dah kenapa? gila ke ape nak save Maryam tu apehal?
Maryam ni budak yang hilang tu ke? or budak yang iklan kat TV swasta tu?

weyh Mat, save maryam ni merupakan 1 pertubuhan di Indonesia untuk menyelamatkan gadis-gadis, cewek-cewek, yang telah memeluk agama Kristian. Kalau ko nak tahu, dalam masa 1 tahun 2 JUTA orang Islam di Indonesia telah murtad dan memeluk agama Kristian!! How come korang boleh biarkan je benda ni berlaku? Memanglah benda ni dekat indon, abes tu takkan korang nak  bia sampai melarat kat Malaysia baru nak kelam kabut buat tu buat ni. dah terlambat da derr. 


Korang jangan risau la aku bukan suruk klik nuffnang ke churp2 ke or says punya iklan tapi kalau korang support save maryam ni at least korang peka la dengan keadaan ISLAM yang sangat goyah sekarang ni, 
Ni video sebenar yang berlaku di Indonesia. 



Aku tak kesah kalau korang nak share-share lah. benda baik buat apa nak nyorok-nyorokkan.

Hari Rabu ini Haru #1

Entry hari ni aku nak cakap banyak-banyak. no more Wordless but Wordmores. huh. sapela yang mencipta wordless wednesday ni. kalau nak wordless sangat tak payahla tulis entry untuk hari rabu.

Aku rasa da semakin berminat nak jadi blogger indie yang berfahaman bebas. Tiada lagi copypaste. Tiada lagi contest GA. itu yang penting. bukan mengejar famous amos macam B** ASS****. aku pon tak kenal dia. dia ni adik Awal Ashaari ke? LoL. Mungkin korang idola dia. haha who cares! Doowh.

Aku juga bukan lah GF kepada Hanis Zalikha. jangan hanya disebabkan nama blog aku "inibelogdeanzofq" dan blog hanis zalikha "inibelogsaya” lebih kurang sama membuatkan dia gf aku. woohaa. sorry sket.

Actually, aku baru sedar yang aku dah menyimpang jauh dalam penulisan blog ni. so sekarang masanya untuk mengubah blog aku menjadi blogger yang bakal menyemakkan dan meyeragamkan kembali rongga nadi otak korang .

"Sesungguhya indie itu pucuk segala perubahan mainsteamstream."

Friday 20 July 2012

Nose Tall Gear [n.o.s.t.a.l.g.i.a] 20 04-an

2006 masihi 
Tingkatan 4 waktu di Utarid
Berhijrah dari Setapak ke Kajang
Tinggalkan kawan-kawan lama
Selamat datang kepada kawan-kawan baru
Dari rumah sewa ke rumah sendiri (Actually rumah parent)
Tempat yang janggal
Dikatakan famos amos dengan keSATAYannya
1st time pasang Astro, memang bataking
Zaman gilang gemilang Mawi World
 Jumpa dia di sekolah baru
Sama sama orang baru 
Sorang bajet rajin
Sorang usha usha
Cinta monyet???
Gelakkan je
Sampai sekarang kot.
Dari SMK Padang Tembak ke 
SMK Taman Jasmin ke 
SMT Kuala Selangor
Jauh perjalanan
Banyak masalah
Tapi takpe
Aku hidup lagi
Buat masa ni
Kalau Dia nak tarik bila bila masa je
Sambung lagi lain entry. woohaaa!!

Thursday 19 July 2012

Sayangi Selangor, Yakini **

Salam kawan-kawan, hari ni entry aku agak berat sikit. citer pasal politik. Aku tahu, ramai blogger bukan minat sangat politik-politik ni, mereka lebih kepada pemerhati je. Ok, ak baru je dapat message dari no. Maxis, No-Tel 017-9340664. Beliau menyatakan

 "AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN, Mohon maaf zahir dan batin, Selamat Berpuasa & Beribadah. Ikhlas, SAYANGI SELANGOR YAKINI BN." jam 10.48 pagi 19/7/12.



LOL!! WTF!! kenapa ada BN kat belakang?? hahaha. Actually aku tak heran sangat kalau no-tel yang strange message aku, tapi ini dari BN. dari ape? dari BN. aku tak tau nak bangga ke tak. hahaha. harap-harap la no atas tu no-tel DS Najib PM kesayangan 1 Malaysia. :)


Tak cukup ke poster-poster JANJI DITEPATI di seluruh KL. pergi mana-mana ada muka DS Najib, dekat KTM, dekat bas, dekat teksi, dekat jalanraya semua tempat ada muka beliau. 


Aku taknak komen byk-byk nanti kena akta hasutan. LOL. aku pakai nset cokia je so tak dapat la nak upload gambar dekat korang tp insyaallah nanti aku pinjam handset kawan aku nk upload gambar dekat blog sebagai bukti yee.

P/S: Korang ada dapat tak message macam atas ni? kalau dapat share2 la ya. :) woohaaa!!

"Ahlan wasahlan" xnampak

Wednesday 18 July 2012

Wordless Wednesday 2#

Click to enlarge

 

Monday 16 July 2012

Persediaan Menghadapi Bulan Ramadhan




Puasa menjelang tiba jua, memang bulan puasa ni paling best. hehehe aku suka bulan puasa! woohaaa!! But before kita tempuh bulan Ramadhan ni, apa kata kita prepare dulu yang mane kurang ye dak?


1) Persediaan ilmu agama.
Ramai orang yang berpuasa tanpa ilmu di dada. Dikhuatiri ibadah yang diharapkan  mendapat pahala sebaliknya tidak diterima malahan mendapat dosa.  Menjelang Ramadhan, kita diseru meluangkan masa menuntut ilmu agama. Sama ada dengan cara membaca buku, menghadiri kuliah-kuliah agama atau melayari internet. Perkara yang perlu diberi keutamaan ialah berkaitan dengan ibadah puasa seperti rukun, syarat sah, perkara yang membatalkan puasa, adab dan juga akhlak orang berpuasa. Hal ini begitu penting untuk mendapat kesempurnaan ibadah puasa.



2) Persediaan kesihatan.
Ibadah puasa melibatkan kesihatan tubuh badan. Kesihatan tubuh badan yang sempurna menjamin kesempurnaan ibadah puasa. Kecerdasan seluruh anggota badan diperlukan kerana pada bulan puasalah tubuh badan dikerah bekerja kuat melaksanakan solat sunat tarawih, qiamullail , membaca al –Quran, iktikaf dan sebagainya.
Penjagaan kesihatan ini termasuklah menjaga pemakanan yang seimbang, riadah dan menjauhkan diri dari perkara yang mendatangkan penyakit seperti tabiat merokok.

3) Persediaan  dari sudut kewangan.
Di antara amalan yang begitu mulia dalam bulan Ramadhan ialah bersedekah. Rasulullah SAW merupakan seorang yang paling dermawan dan baginda lebih dermawan di dalam bulan Ramadhan. Hal ini diceritakan oleh Ibnu Abbas r.a:




“Rasulullah saw ialah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan di saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al- Quran. Dan kedermawanan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus.” (HR. Bukhari)

Mereka yang jarang-jarang  bersedekah dikhuatiri tidak memanfaatkan peluang memperbanyakkan sedekah pada bulan Ramadhan. Sebagai persediaan, kita disarankan agar mula berjinak-jinak dengan amalan bersedekah. Mungkin ia boleh dimulakan dengan jumlah yang kecil atau menderma di tabung-tabung masjid dan surau. Mudah-mudahan lama kelamaan sifit kikir dan bakhil itu dapat dibuang secara beransur-ansur.

Bagi mendapat kelebihan  bulan Ramadhan , kita juga harus menangguhkan sedekah  pada bulan-bulan  lain semata-mata untuk disedekahkan pada bulan Ramadhan dengan syarat ia bukanlah sedekah yang dihajati seperti orang fakir miskin yang memerlukan  dan orang dalam keadaan susah dan berhutang.

4) Memperbanyak menyebut hal berkaitan kelebihan dan kemuliaan Ramadhan.
Di antara persiapan lain yang perlu ada ialah memperbanyakkan bercerita tentang kemuliaan bulan Ramadhan. Hal ini bertujuan memberi rangsangan dan semangat kepada kita untuk membuat persediaan bertemu Ramadhan. Bukankah sesuatu acara itu akan menjadi lebih meriah dan suasananya dapat dirasai jika diwar-warkan. Contoh mudah, bagaimanakah perasaan kita di saat diwar-warkan  sesuatu sambutan yang besar, seperti Piala Dunia Bola Sepak. Pada ketika itu seluruh saluran media hebat membuat promosi. Kesannya seluruh masyarakat dunia termasuk rakyat Malaysia ternanti-nanti dan merasai bahang temasya tersebut. Apatah lagi bulan yang begitu mulia ini sepatutnya lebih layak disebut-sebut  kemulian dan ganjarannya oleh media massa dan seluruh umat Islam.




p/s : So, be prepare dudes. woohaaa!!

Friday 13 July 2012

Cerita Hari Jumaat

Kalau korang pikir korang hebat, Ingatlah ada lagi yang Maha Hebat.
Kalau korang pikir korang cantik or hensem, Ingatlah ada lagi yang lagi cantik or hensem.
Kalau korang ingat korang pandai, ingatlah ada lagi orang yang pandai.
Kalau korang ingat korang miskin, ingatlah ada lagi makhluk Allah yang miskin.
Kalau korang pikir korang banyak masalah, ingatlah banyak lagi orang yang banyak masalah.




Bersyukur jelah kelebihan yang Allah dah berikan dekat kita. janganlah terlampau riak atau berbangga-bangga. Hidup ni sementara. Akhirat pasti. takut nanti tak sempat bertaubat. Apa pon Tak Boleh. 


Pesanan ikhlas dari aku. :) jangan terasa please...~~~~ woohaaaa!!

Thursday 12 July 2012

Fakta menarik mengenai lelaki


Hari ni entry pasal lelaki. :) kepada girl yang sudah ada kekasih, mahupun yang dah kahwin, yang baru putus cinta, baru bercinta, yang takde kekasih, yang budak-budak belum baligh, dan lain-lain boleh baca. Jangan risau, tiada unsur-unsur keterlaluan dalam entry ini.

  1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.
  2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.
  3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.
  4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.
  5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.
  6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.
  7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.
  8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.
  9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.
  10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.
  11. Lelaki juga akan menangis.
  12. Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.
  13. Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.
  14. Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.
  15. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.
  16. Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’
  17. Lelaki amat sayang ibu mereka.
  18. Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.
  19. Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.
  20. Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.
  21. Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.
  22. Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.
  23. Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.
  24. Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.
  25. Lelaki lebih banyak berfikir.
  26. Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.
  27. Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.
  28. Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.
  29. Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.
  30. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.
  31. Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.
  32. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.
  33. Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.
  34. Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.
  35. Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.
  36. Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada. 

p/s: Ini hanyalah rumusan aku. kalau nak tambah or kritik dipersilakan di ruang komen. :) woohaaa!!

Wednesday 11 July 2012

Wordless Wednesday #1

Click to enlarge. :)

Tuesday 10 July 2012

Kekurangan Followers?


Salam rakan-rakan. tak kiralah yang kenal secara langsung atau secara tidak langsung, yang tak kenal tapi buat-buat kenal dan yang tak kenal dan terpaksa masuk blog ni untuk mendapatkan "follow me back ok". thats normal for a lot of blogger yang baru or da lame tapi kekurangan followers macam aku. LoL. yup aku memang akui punca kekurangan followers sebab malas nak update blog dan malas nak blogwalking. Actually perkara ni sangatlah penting untuk menaikkan ranking trafik blog. 


Dengan adanya page FB membuatkan para blogger mudah untuk promote blog yang dihasilkan. Entry-entry baru juga mudah sahaja di postkan untuk tatapan pembaca tegar.


Sekarang ni trend baru untuk blogger untuk membuat giveaway. ye, aku memang malas nak buat benda alah ni. bukannya apa, hadiahnya tidak menarik la. LOL. kidding jela. sure-sure nanti mesti ada yang terasa. ahh, peduli plak aku. 
 
 Ok. Cukup sampai sini. sambung esok insyaallah. :)

Monday 9 July 2012

Tahukah Anda?! Buku Termahal Di Dunia


Buku 'Codex Leicester' adalah buku yang paling mahal pernah dijual.ia dibeli oleh Bill Gates pada satu acara lelong pada tahun 1994 pada harga ≈ € 23.22 million ≈ £ 20,64 juta ≈ $ 30,80 juta.

Ditulis diantara pada tahun 1506 dan 1510.The 'Codex Leicester' berisi di dalamnya isi buah fikiran Seniman Besar Renaissance,Saintis dan juga Pemikir Terulung,Leonardo da Vinci.

Naskah Kuno ini dinamakan 'Thomas Coke' selepas Earl of Leicester I membelinya pada tahun1717.

Secara fizikalnya,'The Codex' memuatkan 18 lembar kertas,masing-masing dilipat dua dan bertulis pada kedua sisinya,membentuk lengkap halaman 72 Dokumen.

Dibuat dengan tulisan tangan dalam bahasa Itali oleh Leonardo,menggunakan cermin khas untuk menulis.dan disokong dengan gambar dan diagram yang banyak.

Dari bulan Jun-Ogos 2007,'The Codex' dipamerkan selama 2 bulan yang diselenggarakan oleh Perpustakan Chester Beatty di Dublin,Ireland.

'The Codex' dipertontonkan untuk tatapan awam sekali setahun di bandar yang berbeza di seluruh dunia.Tahun 2004,'The Codex' telah dipamerkan di Chateau de Chambord,dan pada tahun 2005 pula dipamerkan di Tokyo.

Satu muka surat  dari halaman 'The codex' ini dipamerkan di Muzium of Flight di Seattle pada tahun 2006 pada Pameran "Leonardo da Vinci:Man,Investor,Genius".

Sampul Buku 'The Codex'
Muka Surat 'The Codex'
Muka Surat lainnya
Halaman Depan 'The Codex'
Pemilik Buku 'The Codex' ,Bill Gates

Penulis Buku 'The Codex' ,Leonardo da Vinci

p/s: Woohaaa!!
Design by BlogSpotDesign | Ngetik Dot Com