Tuesday 17 April 2012

KHAS UNTUK STAFF PROPEL KHUSUSNYA FINANCE DEPARTMENT

KHAS UNTUK STAFF PROPEL KHUSUSNYA FINANCE DEPARTMENT



Assalamualaikum kepada warga PROPEL terutama di bahagian Finance Department. Hari ini merupakan hari terakhir saya bersama kalian . Berat juga hati saya ingin meninggalkan PROPEL ini. Pertama kali saya menjejakkan kaki ke PROPEL saya berasa sungguh asing kerana saya menjalani latihan Industri berseorangan. That my 1st time menjejakkan kaki ke Faber tower yang seakan-akan bangunan berhantu. 

                1st day masuk da lewat. Disebabkan Jam di awal pagi. Mungkin sudah menunjukkan persepsi yang buruk kepada staff-staff PROPEL dan  Manager. But itu adalah kali pertama dan terakhir. Sebab saya jenis yang menepati masa. Staf yang bagi breafing dekat saya ialah Kak Sofea selaku HR Department. Beliau ditugaskan untuk pengambilan pelajar LI. 

                Selama 3 bulan lebih berada di Propel banyak kenangan yang saya kecapi bersama-sama abg-abg dan akak-akak di Propel ni. Serius dorang semua memang happening dan sangat seronok bekerja walaupun bekerja siang dan malam tanpa jemu. Saya sangat respect dengan anda semua.

Kak Lin : Beliau merupakan Guru Besar kami. Saya tidak banyak sangat cakap dengan beliau melainkan hal-hal yang penting sahaja karana beliau sangat lah busy. 

Kak Nik : Beliau juga orang kuat seprti Kak Lin, datang kerja tidak kira masa. Sampai kena migraine. Beliau jugalah yang sign report dan buku log saya. Walaupun busy beliau sempat juga sign report dan buku log saya. 

Abg Azam : Beliau merupakan Account Payable untuk PROPEL. Beliau antara individu yang paling banyak memberi tunjuk ajar kepada saya. Kalau nak described memang banyak yang beliau tolong. Seorang yang berdarah pahlawan katanya dan sangat ceria walau apa pon keadaan. Pendek kata kelakarlah. Beliau juga banyak ajar saya tentang register invoice, tentang payment dan lain-lain lagi.  Banyak bagi nasihat dekat saya. TQ a lot Abg Azam. 

Abg Syed : Merupakan org pertama yang tegur saya dan bagi saya kerja di Propel. Beliau duduk disebelah Abg Azam. Beliau banyak ajar saya tentang Account Receivables.  Terus terang saya cakap masa dekat kolej saya agak kurang minat AR ni but bila da tahu step-step yang Abg Syed tunjukkan, saya sudah mula minat dengan AR ni. Beliau merupakan orang kuat surau Faber. Tiap-tiap hari beliau akan call ustaz untuk datang tazkirah waktu Zohor. Beliau juga mempunyai blog.

Abg Wan : Merupakan orang kuat PROPEL. Memang respect dekat beliau. Datang kerja  pkl 8.30-12.30. Everyday! Tak sihat pon datang juga ke office. Beliau juga peminat KPOP. Sama pula dangan saya. Beliau merupakan peminat FT Island dan Alex. Aza-aza Fighting Abg Wan. 

Abg Shahrul : Juga merupakan orang kuat PROPEL. Balik kerja pon lambat. Beliau  sangat friendly dengan saya. Boleh kata rakan baik la time kerja. Maybe jurang usia yang takla begitu jauh. Beza dalam 4-5 tahun sahaja daripada saya. Beliau juga merupakan orang kuat DAP. Dan sangat back up Hafiz Hasyim walaupun Hafiz Hasyim bermain teruk dalam Piala Axiata tempoh hari. 

Abg Zul : Orangnya agak slow dan steady. Sentiasa berkopiah di kepala tidak kira masa. Sentiasa tersenyum dan sering memberi tazkirah pagi. Beliau juga membuat AP seperti Abg Syed. 

Abg Najib : Seorang yg suka senyum jugak. Power main bola. Pernah main bola dengan abg najib masa team Propel vs team Faber. Beliau gelecek ala-ala Messi. Hehe
Abg Azali : Beliau merupakan orang kuat CSL. Seorang yang pendiam tapi friendly. Kadang-kadang kita tak tau pun kewujudannya maybe sebab tempatnya yang agak tersorok. (Mohon kerja CSL ya abg zali). :P 

Abg Kamarul : Seorang yang Nampak je lemah bila bercakap memang hebat. Antara orang yang terkenal di Amazon.com. Seorang akauntan yang Berjaya, seorang penulis untuk buku “Now Everyone can Prepare Daily Cash Flow” dan “7 Powerful Cash Management Strategies”. Terima kasih sebab bagi PERCUMA E-book dan VCD tu. J. Abg Kamarul juga seorang yang kelakar.

Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada 


Kak Echah : 1 company dengan Abg Azali. Juga seorang yg kuat bekerja dan selalu balik rumah familinya tiap-tiap minggu di Bangi.  Seorang peminat novel. 

Kak Wani : Saya boleh katakana Kak Wani ni orang yang serba tahu. Cerita pasal bola dia tahu, pasal Formula 1 pon tahu, Pasal penyanyi lama-lama pon tahu. Pendek kata semua tahu lah. Mesti banyak membaca :)
 
Kak Jun, Kak Rahimah dan Kak Marlina : 3 orang yang memang hardworking. Kak Jun buat AP sama dengan Abg Azam, Kak Rahimah buat Petty Cash bersama-sama Kak Marlina. Saya ada juga belajar buat Petty Cash dari Kak Marlina.  :)
 
Kak Fai : Big boss untuk Finance Dept. Kalau ada jamuan ke apa bagitau je dekat Kak Fai, gerenti jadi punya. Selalu beli pisang goreng dan kopok lekor pada pukul 5 ptg. Tak sampai 5 minit dah abes licin makanan yang Kak Fai beli tadi. :)



Terima Kasih kepada semua staff Propel dan selamat maju dari saya. Wasalam.


Wednesday 4 April 2012

S.E.P.I

Sepi itu aku,
Berdiri di muka pintu,
dikiri takut, dikanan harap,
di belakang amal zahirku,

Sepi itu rindu,
Membelai mengusap kalbu,
Patah di pucuk,
Jatuh ke perdu,
Langsung menjadi semalu.



merpati hitam.


Merpati hitam,
itulah namaku,
berbulu hitam,
mereka putih tapi aku hitam,
aku dipulau,

kenapa tuhan beriku warna sebegini?
adakah hitam itu satu diskriminasi?
adakah hitam itu satu kejahatan,
adakah hitam itu satu kehinaan?

lahirku kaku fikiranku merapu,
aku ketawa sinis,
melihat mereka yg putih,
pendek akalnya.

Aku sudah hebat,
Sudah pandai bertatih,
mereka masih menggapai, merangkak,
aku hitam tapi diatas mereka dibawah,

Terima kasih tuhan,
Kurniakan aku kekuatan yang sebegini rupa,

-merpati hitam

R.E.Z.E.K.I


     Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah, melainkan kaum yang kafir.” – (Surah Yusuf, ayat 87)

      Biarpun Islam menggalakkan umatnya mencari harta, tetapi Islam melarang keras mengumpul harta melalui jalan yang salah. Harta diperoleh secara salah, tidak ada keberkatannya. Bila-bila masa ia akan bertukar menjadi satu bebanan dan hilang tanpa disangka.

      Keberkatan bermaksud kebahagiaan hasil apa yang diperoleh atau dilakukan. Ia juga membawa maksud bertambah dan semakin baik. Harta yang diberkati akan terus berkekalan dan mencukupi untuk membiayai hidup walaupun jumlahnya sedikit saja.

      Justeru, kita perlu berusaha dengan ikhlas dan mengikut jalan yang diredai Allah dengan sentiasa memohon keberkatan daripada-Nya. Tidak guna memperoleh kekayaan yang banyak, sedangkan tidak berkat.



      Soal keberkatan tidak boleh diambil mudah. Biarlah tidak berpeluang memiliki harta banyak, asalkan apa yang dimiliki, biarpun sedikit tetapi diberkati. Kita perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki.

      Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya jika bersyukur kamu, akan ditambahkan untuk kamu. Dan jika kufur kamu, sesungguhnya azab-Ku adalah sangat pedih.” – (Surah Ibrahim, ayat 7)

      Justeru, jangan bersifat pasif dalam usaha mencari rezeki. Usaha mesti dilipat gandakan dan bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan Allah. Manusia digalakkan supaya berdoa memohon kepada Allah untuk mendapat kehidupan lebih baik.

Tuesday 3 April 2012

Tahukah Anda : Senarai negara yang baru mendapat kemerdekaan.(1990-sekarang)

Hari ni aku nak cerita pasal negara yang baru merdeka. :) bukan Malaysia tau. 

Lima belas negara baru mencapai kemerdekaan dengan pembubaran USSR pada tahun 1991. Kebanyakan negara-negara ini mengisytiharkan  kemerdekaan beberapa bulan sebelum kejatuhan Kesatuan Soviet pada akhir tahun 1991.
Kesatuan Soviet (USSR)


Negara kesatuan soviet ini telah berpecah kepada 15 negara iaitu : 


Armeria
Azerbaijan
Belarus
Estonia
Georgia
Kazakhstan
Krygystan
Latvia
Lithuania
Moldova
Russia
Tajikistan
Turkmenistan
Ukraine
Uzbekistan



Design by BlogSpotDesign | Ngetik Dot Com