Followers

Tuesday, 28 February 2012

Cover Lagu Korea.


Entry hari ni bukan nk buat sinopsis pasal drama Marry Me, Mary.

Bukan nk cerita pasal ke'cute'tan moon geung dan ke'handsome'man geun seuk
Tp. nk ckp pasal OST utk drama ni. 

Tajuk: My Precious.
lagu asal : Jan Geun Seuk
translate & lirik : Deanzofq
Lagu : Deanzofq & Zahier





My Precious (Malay Version)


Bisikan dariku membuat kamu tersipu,

Memberi ingatan yang terbaik buatku,

Kamulah segala hanya untukku,

Yang terbaik hingga di hujung waktu.



Sinaran matamu menyinari hidupku,

Terpesona terpegun melihat kamu ohh sayang,

Kamulah segala hanya untukku,

Yang terbaik hingga di hujung waktu.



My precious 2x

Hilangkanlah segala gusar yang melanda di hatimu 
ohhh gadisku.


(ulang chorus)




Post Untuk Kawan-Kawan Seangkatan.

bangkitlah anak muda,
mendaulatkan maruah bangsa,
yg telah lama tercalar,
yg telah lama terhakis,
dek tenggelam dilautan usang,
tidak tahu apa itu hak dan yang batil,
tidak tau apa itu perjuangan yg hakiki,
tidak tahu keperitan, kejerihan masyarakat,

bangkitlah anak muda!

Sedarlah,
Anda telah lama ditindas,
Oleh sang kapitalis,

Bangkitlah anak muda!

Cukuplah minda dijajah,
Cukuplah minda di kotorkan,
Sampai bila anda harus begini?

Bangkitlah anak muda!

Perjuangkan syiar Islam yg sebenar,
Bukan separuh-separuh,
Bukan hanya omong kosong,
Bukan hanya sandiwara.

A.B.U 
 Asalkan Bukan Unta

Wednesday, 22 February 2012

Bila sudah terhantuk baru nak terngadah


Jam sekitar 8.10 pg waktu malaysia aku sampai di office. tingkat 13. menara faber, taman desa, kl. sedar tak sedar da 1 bulan 11 hari berpraktikal disini.

lepas 'tumbuk kad' aku terus pergi sarap kat depan office. alone. abg azam lambat datang harini. selalunya aku sarap dengan dia.
"Abg Ghani, roti canai 1 teh tarik gelas kecil 1." lepas 3 minit roti dan teh sampai. 

tiba-tiba seorang tua bersama isterinya duduk disebelahku memandangkan dah takde tmpt duduk. "dik, sebelah adik ni kosong tak?" ak hanya senyum sambil menggelengkan kepala. org tua itu pon duduk disebelahku. bermula cerita yg membuatkan aku nak update blog setelah sekian lama xmengupdate blog yg mmg da usang ni.

"adik da lama keje sini? org tua memulakan perbicaraan. "eh takla pcik, saya praktikal je kat sini." sambil mengunyah roti canai aku menjawab.Lepas tu macam2 la dia tanya. "macam polis la pcik ni" bisik aku kesorangan. Rupa2nya memang betul pon pcik ni mmg bekas polis. Aku tesenyum sinis.

Tiba2 dia bernada serius. dia nasihatkan aku, "dik, dari umo adik ni kne simpan duit. jgn boros, nnt da tua mcm pak cik ni susah. xde simpanan. pcik amtlah menyesal sebab tak simpan duit masa muda2 dulu. ade duit je beli tu beli ni. duit sara pon pak cik da abes gunakan. sekarang mmg sgt menyesal. tapi da tak guna da. duit pon da xde. nasib baik anak2 pcik ada. duit tiap2 bulan tu je la bekal pakcik untuk beli makanan harian."


kata-kata tu mmg beri kesan kat aku, sebab dia macam tau2 je aku ni boros. tapi bagus la dia nasihat kat aku. at least aku tak lupa and akan sentiasa beringat. even sekejap je jumpa pakcik tu bg aku mmg sangat berharga. jgn nnt bila da terhantuk baru nak terngadah.





Blogger news

Free directory submit
Get this commentators widget
Design by BlogSpotDesign | Ngetik Dot Com