Followers

Tuesday, 29 November 2011

HIDUP SEBAGAI SEORANG PELAJAR KOLEJ (PART I)

HIDUP SEBAGAI SEORANG PELAJAR KOLEJ
(PART I)

1ST of all aku nak ucapkan welcome back kat diri aku di arena berblogging ni. Dah hampir 2-3 bulan aku tak mengupdate blog yang dah berhabuk lagi usang ni. Al maklumlah ‘busy’. Tapi aku pon tak tau apekah istilah busy tu. Actually lebih kepada MALAS nk update. LOL.

Hari ni aku nk cerita pasal budak2 kolej. Bg aku mmg banyak ragam bila jadi budak kolej ni. Dengan perangai budak2 lakinya yg bla3 perangai budak2 pompuannya yg bla3. Haha. Apa yg aku sampaikan ni hanyalah pendapat peribadi aku. Takde kene mengena dengan yg idup or yg mati. Kalau terasa tu tak lantak kau la. Aku peduli ape. Aku punya blog. haha

Entry kali ni ak nk citer pasal kenapa korang tersangkut untuk belajar dekat kolej je. ^^

Antara sebab2 nya ialah :

1)  Desakan dari ibu bapa.
2)  Ikut member2.
3)  Dah takde choice.
4)  Ikut bf og gf
5)  Memang suka masuk kolej.

1)  Desakan dari ibu bapa


Bagi aku ade 2 sebab parent ni desak. First dorang nk korang Berjaya.  Yela, parent mana yang tak suka anak dia Berjaya. Walaupun mereka tau result SPM korang kurang memuaskan. Tap mereka ni tak berputus asa dan terpaksa mendesak korang untuk belajar kat kolej. Or second plak sebab parent korang malu dengan pencapaian SPM korang yg tak memuaskan. Sebab tu kena desak masuk kolej. ==”

p/s: selalunya pelajar yang didesak oleh ibu bapa ni hanya bertahan sampai sem 3 je.




2)  Ikut member2.


Kau ingat future kau ni terletak di tangan member2 kau ke? Aduyai.

p/s: kompem sangkut tak sampai 1 sem paling lama 2 sem.


3)  Dah takde choice


Yela, member2 lain semua masuk U, kau sorang je tercicir. Mestilah ada rasa rendah diri betol tak. So korang akan membuat keputusan dengan masuk kolej. Ak respect gak r kepada golongan yg ni sebab dia ada initiative untuk belajar lagi even tak layak masukk U.


p/s: aku gerenti dia dapat abiskan sem dengan cemerlang. Sebab pisang takkan berbuah dua kali. J unless dia ni x insaf2.

4)  Ikut bf or gf


Hahah!!! No komen lah.sebab mostly sorang akan fail and sorang lagi lulus pastu clash.

p/s:  euwwww!! Haha


5)  Memang suka masuk kolej


Aku cakap jujur la golongan ni mesti dapt dean list every sem. Sebab dia memang nak masuk kolej and looking forward for the future. Org camni lah yang menjadi contoh untuk sesiapa yg masuk kolej nanti. J

p/s: untunglaaa..~~




sebenarnya memang best la masuk kolej. hehe banyak benda yang Korang akan tau nanti.. hehehe ^^


~~TO BE CONTINUED~~


Saturday, 19 November 2011

Update

Blog akan diupdate dalam masa terdekat. :)

Monday, 17 October 2011

Afif Convocation at University of Malaya

  











Antara gambar-gambar dari camera aku.. Thanx a lot to Afif (Momok Tomok) coz sudi menjadikan aku sebagai photographer.. Even kau tak kenal aku but aku appreciated that.. :) nice to know you.. GF aku ckp muka ko cute la.. haha..

HAPPY GRADUATION DAY AFIF (MOMOK TOMOK)

** Actually aku tak tau nape orang panggil kau momok tomok.. hehe

Tuesday, 27 September 2011

Lagu Yang Puitis



Assalamualaikum.. Lama sudah tidak mengupdate blog ni. Hari ni aku nk share dengan korang pasal band Nasyid. Mesti korang macam malas nak tau kan? Rileks la. cuba korang buka sikit minda korang dengan band nasyid yg aku nk bagi tau ni. Nama band ni Al- Mawlid. Dorang merupakan serpihan dari kumpulan Ruffedge. Haa!! Mesti korang macam terkejutkan... :) Yela.. Kenal tak kumpulan Ruffedge?? Tipula kalau korang tak kenal.. Dorang ni merupakan kumpulan RnB Malaysia yg paling femes kat malaysia satu masa dulu. Aku tak nak cerita pasal kump. Ruffedge sbb da berkubur da pon. 

Yang aku nk cerita ialah pasal perubahan yang dorang da buat. MMG SANGAT MENDADAK. Aku bersyukur sbb dorang menggunakan pendekatan berdakwah dalam lagu-lagu dorang. respect sangat-sangat!! dengan paduan suara Pot Amir,Lah, Amer dan beberapa lagi anggota Ruffedge mmg sangat-sangat harmoni.. Meremang bulu roma dengar.. :) tak caya??? cuba dngar lagu dorang kt bawah ni.. :)

mintak maaf sebab takde VC la.. ade yg live je.. ni dapat kt utube.. :) 

#lirik#

 Keroncong Hybrid Buat Bidadari
Lembut caramu, membikin aku
Ternampak keindahan pelangi,
Membawaku jauh lagi,
Bidadari…

Ayu lentik matamu, Pabila kau tersenyum
Hilang segala rasa hibaku,
Walaupun kau jauh, ku tetap di sini,
Menanti...
Hadirmu dalam mimpi

Setelah hujan berhenti,
Angin malam menyanyikan lagu, kaseh,
Ketika itu, bintang-bintang menari-nari di langit
Nantikan aku dewi-dewi,
Doakan aku bidadari,
Selamanya bersamamu,
Tiada akhir nanti....



*special thanx for ninie soraya sebab introduce lagu ni.. :)
NAK DEDICATED LAGU NI UNTUK AWK <3

Tuesday, 13 September 2011

~~~In Memories~~~

 Kenangan tentang gambar ni ialah disinilah tempat aku lemas bermandi manda masa darjah 3.. Konon2 reti berenang at last aku pon lemas.. Nasib baik le ade kwn2 kg selamatkan.. kalau tak.. takdela aku nk tulis blog ni.. :)


 Moto ni memang legend bagi aku.. sebab banyak kenangan aku dengan moto ni.. :)
1. 1st time aku bwk moto mse drjh 6 pakai moto ni..
2. 1st time jatuh moto pon guna moto ni gak.. (jatuh dalam sawah)

Pondok ni sering digunakan dalam drama swasta kt tv sebab memang 1 permandangan yg menarik disini.. :)

 Panorama Indah

 Sebelum Maghrib.

Monday, 22 August 2011

Iklan Raya paling menyentap!!!

    


Dalam banyak-banyak iklan raya, iklan ni yang paling membuatkan aku sentap sangat-sangat. aku sangat mengagumi director untuk iklan ni. Even iklan ni dah lame da tahun 2008 tapi impak yang diberikan sangat besar. 

Jom kita hayati iklan ni bersama-sama..


 Surat seorang ibu.


p/s: Hargailah mereka sementara mereka masih ada.

Tuesday, 16 August 2011

Malas.



Malas! Malas! dan Malas!

salam semua, agak lama jugak la aku tak update blog ni, bukan tak nak update, tapi waktu tidak mengizinkan, banyak kerja nak buat, lagipun pun bukan ada orang baca blog aku pon.. lol.

kali ni post aku mengenai tabiat pelajar zaman sekarang, terutama aku dan budak2 rumah aku yang nak pergi kelas terutama kelas waktu pagi.. nak pegi kelas pagi ni mmg amat liat nk bangun.. aku pun tak tau setan2 durjana letak gam apentah kat mata aku bg aku tido smpai siang.. bila da terskip class pagi tu mula lah adegan2 mencari idea untuk bagitau lecturer kenapa tak pergi class pagi tadi..  Antara alasan femes aku :
1.     Balik kampong. 
2.     Sakit perut sebab mlm td mkn apentah so pg td cirit birit.
3. Takde transport nk g class. 
4. Budak2 rumah tak kejut bangun. (alasan ni selalunya tak diterima tp tak salah nak guna ayat ni.)

Kalau da nama pon malas tu even rumah depan kolej pon memang takkan nk pergi punye.. lagi 1 aku akan bertambah-tambah malas bila homework melambak-lambak.. time ni la nak salahkan lecturer.. yela mane taknya.. homework yg dia bg macam homework utk cuti sem.. sape nk buat.. adehhh!!! Selalunya aku akn copy paste je dari member aku yang juga copy paste dari sumber yang lain.. senang cite masing2 saling bercopy paste.. keje aku senang je kan?? Haha bila da nk dekat test or exam baru kelam kabut nk study.. time ni korang akan nmpak golongan yg saving dekat golongan pemalas macam aku.. hahaha padan muka.

        Lagi 1 faktor yang membuatkan aku bertambah malas bila lecturer aku ni sume jenis sopan santun.. Tak garang la maknanya.. so ni membuatkan aku selesa untuk ponteng class.. haha jht gila aku..

    selalu ikut kawan, mat hari ni kita tak payah datang kelas la, baru surat amaran ke 2, surat amaran ke 10 nanti kita datang la kelas penuh ( nampak sangat undang-undang bapak engkau!!) kau ingat ini sekolah bapak engkau ke? Haha..
       tipula kalau korang takde mcm aku.. aku gerenti korang mesti adenye malas2 pergi class macam aku.. haha..

P/S : kalau malas-malas camner nk dekan? Masa awal sem pompang2 bertekad kat diri sendiri nk dekan la apela.. bila da tengah2 sem ni tgk la.. ape pon tak bleyyy!!! hahaha     


Thursday, 11 August 2011

Terawih punya hal.

Alhamdulillah tahun ni solat terawih aku berjalan dengan lancar. tak macam tahun lepas. Banyak hari skip. Tahun ni aku dapat menghadirkan diri ke terawih atas sokongan member2 aku yg tak putus2 mgajak aku g terawih. TQ Afiq. ;)
Actually aku selalu solat kat Bangi Mutiara. Tmpt ni mmg tmpt LOT la sbb kt situ mmg takde org pkai kete kancil pon. Paling cikai dorang pakai Perdana. So bila da sembahyang kat situ, kompem2 la bila moreh pon sedap2. ;D (ni tujuan ke 2 okk!!).
Sekarang ni aku taknak cerita psl cara2 nk sembahyang terawih but nk cerita psl golongan LOT ni.
Cerita 1 : aku datang lambt g terawih so terpaksa sembahyang dekat belakang. Aku duduk sebelah 2 orang budak LOT yang sangat ASYIK dengan HANDSETnya. Serius aku ckp mmg annoying gila. Ntah maybe dorang message dengan awek dorang agaknya. Nak cakap “syg dekat surau sekarang ni  b dekat mane? Jgn nkl2 tau. <3<3” ni la kot agaknya budak LOT ni text kat msg. pastu gelak2 la. Mmg sakit ati aku tgk dorg. Yela time aku kecik2 takde pon nk batak2 nset. Ak mmg suka jd kanak kanak time bulan puasa..  Last2 aku sembahyang tempat lain.



Cerita 2: Time moreh rituh makan pengat pisang. Makan la dengan member2 aku 1 table. Tiba2 datang pakcik LOT nk duduk kat situ. Kitorang tak kesah la kan sebab bukan kitorang da tempah meja tu untuk kitorang pon. Dia duduk je tiba2 dia Tanya soalan :

Pakcik LOT: ni korang ni blaja dekat mana?
Member 1: dekat KPTM.
Pakcik LOT: ni baru masuk ke?
Aku: takdela pakcik. Da sem 5 da. Next year abesla.
Pakcik LOT: anak pakcik study kat Arau
                    Uitm Arau.
                    Baya2 korang la.
                    Dia ambil kos bisnes.
Aku: bisnes administration ke pakcik?
Pakcik LOT: errr.. takla bisnes biase2 je.
Anak pakcik dapat anugerah tau. (tiba2 meninggikan suara    dengan nada riak)
Anugerah dekan. Dia dapat pointer three point six two. (ckp omputeh tu)
Time ni kitorang da start rasa pakcik LOT ni poyo. Yela kitorang tak Tanya pon tibe2 nk bgtau. Member aku yg ade tu pon ade dekan every sem takde plak nk menyalak kat pakcik tu. Then kitorang malas nk layan pak cik tu kitorang blah je. Hu3.


p/s: ape motif nk bgatu anak dia dekan? Riak? Bangga? Sebab anak dia UiTM? LOL bapak poyo!!! Mcm something weird je. Aku bukannya jeles ke ape but that was very2 CB la. == hope pakcik LOT tu dapat hidayah supaya tak bongkak and riak lagi. Allah boleh tarik everytime je.

Sekian.

PERLU KE NAK JELES?

PERLU KE NAK JELES?

Nape bila tengok ade couple bermesra-mesra di kolej or sekolah or kt mane2  je korang akan jeles? Nanti korang mesti akan cakap, “elehh poyo je nk pegang2 tangan, Padahal baru je couple.” “Bajet je lebih.” Eiiii!! Menyampahnya aku tgk dorg”, “si polan tu bukannya hensem pon !! nape la girl tu malang sgt dapat BF cam si polan tu” and so on.  Itu hanyalah sebagai contoh dari beribu2 kritikan yg korang bagi dekat couple terbabit.



Persoalannya, kenapa korang nk cakap2 centuh? Hanya ade 2 je kemungkinan  kenapa korg nk kritik2 centuh.  Sebab paling utama sekali ialah korang ade sifat keJELESan dalam diri korang. Yela. Cuba la BF or GF korang ade depan mate. Takdeny nk kutuk2 or kritik2 couple tu. Btol tak. Dah korang xdpt or xde couple sebab tu la korg cam jeles semacam je. Actually pengalaman aku girl la yg salu centuh. Pantang nmpk laki idung kembang jalan GF dia mula la nk mengata. Xsesuai la apela. Haha!! Bak kata pepatah aku, “biar hidung kembang janji poket masyukkk”. So kpd korang yang single or to be single xpyhla jeles or mengata ke ape. Nanti dah jadi kt batang idong korang cane?  (asal asyik sebut idung je ni??) haishhh!!. ;)

Kemungkinan ke-2 pulak ialah korang ni seorang yg berpegang teguh kepada ajaran Islam.  Yela da pegang2 tgn da kompem2 la tak baik. Tapi aku nk ringkaskn cerita berapa sgt la yg kategori golongan ni. Tp ak mmg sgt respek la kt dorg sebab  selalunya dorang ni akan  bg nasihat kt couple2 ni bukannya macam yg atas td tu ckp belakang2. Hu3. (aku antara kumpulan yg je-2 ni la) LOL.

Kesimpulannya xpyh nk jeles2 dgn org yg bercouple. ;)
P/S: kalau jeles yg akan menaikkan semangat kita takpela ;) sebab bnd ni akan jd perangsang kt kita untuk lebih berjaya daripada org yg kita jeles tu. ;)

 GADIS: Eiii.. jelesnya tgk couple tu tgh makan rambutan sama2 (sambil menumbuk2 tgnnya)
DEANZOFQ:  AAK!!!!


Tuesday, 9 August 2011

Pelajar Malaysia kena rompak di UK

Video atas ni aku dapat dari member Liverbird(Kelab Liverpool Malaysia) dari UK. Skrg da ade kt Youtube. Hei!! nigga!!! Where your humanity? !!! 

Hooligan atau Rioters dari UK ni memeras ugut pelajar Malaysia dekat UK td.
Malaysian student, Asyraf Haziq attacked and robbed randomly in Barking,London. He was on his way to get some food for Iftar. He is now in Royal London Hospital with broken jaw, and broken tooth. He is undergoing operation soon.
 
Atas ni msg yg member aku bagi. Aku mmg sangat geram sekaang ni. dia dahla tgh puasa!!! kena rompak!! ape je yg dia ada??? Ak tau org2 UK skrg ni tgh riot. kalau tak percaya korg tgk utube. siap bakar2 kenderaan la. dorg gak kalau korg nk tau RACIAL dengan org ISLAM.
Aku harap Ashraf Haziq cepat pulih dari kecederaan beliau. jangan risau!! Allah akan membantu org yg teraniaya mcm beliau.

sekian.
p/s : where's your humanity????

Monday, 8 August 2011

Blog Idola Aku!!



Kalau korang nak tau. Blog The Other Khairul lah idola aku. Artikel dan info yang ada dalam blog ni mmg best. Kebanyakannya mmg dari pandanganny sendiri. Ak respect sbb dia rajin menulis artikel y berkaitan mcm psl cinta, psl kehidupan dan lain2. kalau korang baca aku gerenti mmg xkan abes la baca dlm 1 hari. haha.

Byk tips2 yg dia  bg kalau nk menaikkan traffik. sekarang baru aku tau. followers sebenarnya takdela penting. yang paling penting ialah content yg ade dalam blog. Kalau content or entry yg korg buat kt blog tu best, kompem2 blog korang mmg akan menjadi tatapan bloggers lain. ;) Mmg xsalah kalau nk follow tp kalau setakat follow untuk mengejar populariti buat ape ye tak. pdhl blog kita x berkualiti. hu3. 

Lagi satu aku dalam blog the other khairul gak ckp yg org yg view blog kita ni ade 3 golongan.
  1. Strangers (Dari search engine and web referral )
  2. Related (Kawan, classmate, course mate, family, relatives etc)
  3. Fans (Google Friends Connect- Followers, Haters & Lovers.)
Aku tertarik dengan kata2 dari bloggers ATP yg menyebut "Kalau blog kau best, orang sendiri akan datang ke blog kau". 


Ayat tu mungkin akan menaikkan semangat untuk menulis artikel yg menarik kt blog aku. :) hehe


p/s: sekarang baru aku nampak yg sebenarnya bloggers ade 2 golongan :


  • golongan yg mengejar traffic 
  • golongan yg ikhlas menulis blog

Aku harap aku menulis blog untuk menjadi golongan yg ke 2. =.=




TQ coz sudi baca sampai abes. Xramai pembaca yg akan baca artikel sampai abes. ;) peace!!

Saturday, 6 August 2011

TerDELETE!!!

Aduyaiiii.. sedihnyaaaaaaa!!! aku baru je tukar templete ni. then aku tgk semua comment da terrrrrdelete... ;( damn!!! korang tau tak kenapa jd camtu?



p/s : tgn aku tak gatal pon.. ;(

Wednesday, 3 August 2011

Kenangan zaman kanak-kanak di bulan puasa



Zaman kanak kanak merupakan zaman yang paling best bagi aku. mane tak nye, semua benda boleh buat tanpa ade rasa malu pon. Mmg aku suka sangat time tu. ;) lagi-lagi time puasa. haha. mmg banyak pengalaman aku time bulan puasa ni. ;) 


1. Time sahur - selalunya family aku bangun pukul 5 pagi. menu setiap hari ialah benjo sbb benjo sng nk buat. ;) aku mmg liat nk bangun, ade 1 hari tu ibu aku kejutkan aku tp ak mls nk bangun sbb tengah mimpi best, pastu ibu aku suro adik ambik besen. tiba tiba!!! ak tau2 je da lencun pakaian dan tilam aku ==. dgn nada sinis dia cakap "tidur la lagi." @@

gmbr hiasan.


2.  Aku paling suka pergi bazaar ramadhan. Sebab ape yg ak nk mesti dapat. yela aku kan puasa so dapat advantage la kat situ. kalau hari2 selain puasa harapan la nk dapat. ;) hehe. dulu aku mmg suka makan ayam golek. dulu murah je rm9 kalau tak silap aku. sekarang bapak mahal rm 18 kot sekor. hu3

ayam golek


3. "Kalau puasa penuh ibu dan ayah akan bagi abg rm30." Perghh!! itulah ungkapan yg memang aku nk dgr time bulan puasa tu. haha. pasal 'perangsang rm30 ni la yg membuatkan aku bersemangat nk puasa penuh. ;) rm30 nilainy memang sikit tapi kalau da budak umur 5-6 tahun dapat duit banyak tu tak ke dorg bermata duitan?? haha
X 3
4. Time Terawih merupakan waktu perhimpunan untuk kanak-kanak sedunia. disitulah tempat yg membolehkan kita menggunakan ruang yg secukupnya di masjid untuk melakukan aktiviti2 khas. ;) time ni aku and the gang akan bermain police entry, main nyorok2, main mercun, main baling2 songkok, lari sape paling laju dalam masjid dan banyak lagi. then masa da rakaat terakhir masing2 bertempiaran masuk saf. buat2 tahiyat akhir. muka semua innocent je macam anak2 soleh yg dgr kata bapak dia je. haha. memang sangat best time tu. kan aku da kate td. jd kanak2 ni boleh buat ape je kite nak. haha ;) 



main nyorok-nyorok




5. Time moreh lg best, belum abes terawih lagi kitorg da serbu dewan makan kt blakang masjid, kalau makanan sedap kitorg akan mentionkn kat budak2 lain utk turun sekali memeriahkan dewan makan tu. ade 1 hari tu abes licin makanan untuk moreh kitorg kerjakan. haha next dayny imam da bg warning kanak2 is not allowed at dewan makan. haha kitorg peduli ape. kitorgkn kanak2. ;D



Ni la antara kenangan2 aku time kanak2 dulu.. ;) kalau korg nk kongsi boleh la komen ya. ;) 

p/s : tq coz sudi baca entry ni

Tuesday, 2 August 2011

Hanger.





Arini aku nk cerita pasal hanger. Mmg. Tujuan utama hanger ni dicipta adalah untuk menggantung pakaian di tempat yang sesuai. Ak cnk cerita pasal sape yg buat hanger ni. Ak just nk cerita pasal pengalaman aku dengan hanger. 

Time zaman jahiliah dulu @ di form 4-5. ak study kat Sekolah Men. Teknik Kuala Selangor atau lebih dikenali sbg teknik kelapa sawit. Ak tinggal di ostel memandangkan rumah aku jaoh dr sekolah tu. mak bapak ak mengharapkan aku g sane utk belajar tntg engineering tp ak blaja bnd lain.

Ni semuany psl senior ak. haishh. Klu korg nk tau, antara aktiviti masa lapang budak2 asrama sek ak ni main bola,futsal,badminton, main kejar2, skodeng (asrama perempuan) aspuri, dan yg paling best main baling2 hanger sampai aspuri. Ak xterkecuali la main bnd alah ni. Siap buat pertandngan lagi antara dorm. Mcm2 skill yg dorg guna. adehhh!!! camne aku bleh terjebak ak pon xtau la. Time tu la laki2 nk tunjukkan kejantanan dorg. (dengan membaling hanger??) haha. nk jadikan cerita last2 kantoi dengan warden. then kitorg di bawa ke perhimpunan (raw call). Last2 kne bersihkn balik hanger2 tersebut. =.=


Walaupun kantoi dgn warden, kitorg still main gak. haha da mmg klu dok asrama cntuh nk buat camne. hahah


p/s: bila terpikir blk cte2 lme ni mmg sgt klaka sbb bnd cntuh pon boleh bwk main. =.=

 kalau suka artikel ni click gambar bwh.. ;)

 MY TRUE HANG IS 'HANGER'

Monday, 1 August 2011

Give Away The Colours Of Ramadhan.


Aku masuk GA yang dibuat oleh bro eqbalzack.


Ni Picture yg aku snap :



Aku bersyukur kepadamu ya Allah kerana masih memberikan ku nafas untuk meneruskan sisa-sisa hidupku di bumi yang gersang ini. Aku juga bersyukur kerana masih mempunyai ibubapa, si dia, dan kawan-kawan yang always support aku dalam apa jua perkara. Benar kata orang, hidup memang saling memerlukan. Dengan bulan yang penuh keberkatan ini aku ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua masyarakat Islam dan sentiasa dilindungi oleh Allah S.W.T. Amin.

Macam Tak Percaya!!!

Morning all, tajuk Tak Boley Blah k…
dalam tgh2 bulan puasa ni, aku nk wat tutorial untuk semua.
sian plak ada yang tak tahu nak register.
so ni aku wat full tutorial terbaik dari ladang punyer
hope leh membantu k…
sape yang lom register leh la ikut guide aku ni satu persatu..


Saturday, 30 July 2011

Yang Satu.

Arini takde entry sbb ak nak balik uma. dekat uma takde wifi free. hehe so tak dpt la nk post2 entry. cuma arini ak nak berkongsikan gambar Masjid Putra di Putrajaya. Gambar diambil oleh aku sndr dan telah di edit menggunakan Adobe Photoshop CS5. ;)


Aku bersyukur kepadamu ya Allah kerana masih memberikan ku nafas untuk meneruskan sisa-sisa hidupku di bumi yang gersang ini. Aku juga bersyukur kerana masih mempunyai ibubapa, si dia, dan kawan-kawan yang always support aku dalam apa jua perkara. Benar kata orang, hidup memang saling memerlukan.


Friday, 29 July 2011

Jack Ass Malaysia?

Hari ni aku nk buat entry psl Sekumpulan Remaja yg menggelarkan diri dorg KYOPROPAGANDA. Dorg dari UiTM Lendu Melaka. Aku dpt tau dorg ni drpd member aku Zack. Dorg aktif berVlogging. Mmg sgt2 sempoi dan gila2. dekat malaysia da buat survey and dorg antara top 10 blogger/vlogger. so bg ak dorg ni da cukup femes da. Videography dorg mmg sgt2 best dengan sound effectny lg.  


ni antara video2 yg dorg buat. korg xnyesal punye tgk. haha. 


aku respect ngn dorg sebab berani. ;)


*** video ni 18sx + 18sg ***

Thursday, 28 July 2011

Keputusan Penuh Perlawanan Kelayakan Piala Dunia Antara Malaysia dan SingaPURA

Berakhir sudah perlawanan sebentar td yg menyaksikan Malaysia seri 1-1 dengan Singapura sekaligus menggagalkan usaha skuad Malaysia mara ke pusingan ke-3. Mmg sgt2 sedih bila rakyat Malaysia dah menyokong 110% utk pasukan negara tp.... nk wat cane. bola tu kan bulat. 

Kredit utk Safee Sali dan Khairul Fahmi sbb berjaya menjalankan tugas dengan cemerlang. Usah cerita psl kepuraan2 singapura buat2 sakit la apela tp fikirlah bahawa bolasepak Malaysia sebenarnya belum mencapai standard. 

Even kalah, tp kita tetap perlu berbangga dengan semangat juang yg ada kt setiap pemain. 

Akhir kata dari IBD, "Hari Yg Mendung Tak Semestinya Hujan Akan Turun" so kesimpulannya kita mesti menerima kekalahan ini dengan hati yg terbuka. maybe ade hikmah dengan kekalahan ini. ;) 

p/s: sakit tekak td bila jaringan safee sali td. ;) area Bangi Sec 15 penuh dengan lautan manusia mcm nk pergi solat jumaat. ;P




Masihkah ada harapan untuk Harimau Malaya?

World Cup Qualifier Malaysia VS Singapura

Perlawanan yg dijadualkan berlangsung pada jam tepat 8.40mlm ini menjanjikan perlawanan yg epik. sbb Malaysia mempunyai misi PERLU MENANG utk melayakkan diri mereka ke pusingan ke-3. Bg ak xmustahil Malaysia boleh mng. dgn sokongn padu rakyat malaysia ak yakin dorg dapat tumpaskan team ROJAK Singapura tu. Perlawanan pertama rituh Malaysia kena 5-3. So ak arap defend tak mcm rituh. 


Kami Penyokong Malaysia mendoakan pasukan Malaysia berjaya mengharungi 90 minit dgn kemenangan. 

Harimau Malaya Akan membaham Singa!!!


So ak nk tny korg. berapa korg predicted utk match mlm ni? ;)

Assalamualaikum..

Name aku Aizuddin just pggil deanzofq. ak bukanlah 1st time buat blog. ak da ade 3 blog. antarany PRODUKSI ORANG MUDA, NIKONADIK 3000 n termasuk blog ni. klu nk di ikotkan Ni 1st time ak buat blog psl life n kehidupan ak. Kehidupan yg  sukar
dijangka or unexpected. hehe.

Ak mmg ske sgt dgn fotografi. kalau korg nk tgk hasil2 ak ley la usha blog nikonadik 3000 dan produksi orang muda (POM) tp blog POM ni ak buat ngn member baik ak, anas ridhwan. ak just co-owner je dlm blog tu.

Kpd kwn2 blog yg lain diharapkn beri tunjuk ajar ya. hehe ;)

*pkai selipar je snap gmbr. hu3

Blogger news

Free directory submit
Get this commentators widget
Design by BlogSpotDesign | Ngetik Dot Com